Mayat mangsa jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui terapung - pakdin.my

GEORGE TOWN – Lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini awal pagi selasa lalu ditemui mati hari ini.

Mayat mangsa berusia 20 tahun itu ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan terapung berhampiran tiang 80 di bawah jambatan itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya telah menggerakkan bot PERKASA 1221 bersama aset agensi lain sebaik menerima maklumat daripada nelayan yang menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang.

“Mayat ditemui dalam keadaan terapung di bawah jambatan dan disyaki mangsa terjun yang sedang dicari.

“Mayat kemudiannya dibawa oleh aset Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan diiringi aset APMM ke Jeti Polis Marin Batu Uban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah mangsa kes terjun yang dilaporkan di jambatan itu.

Menurutnya lagi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi Selasa lalu, seorang lelaki dilaporkan meninggalkan motosikal di Kilometer (KM) 12.6 Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum bertindak terjun ke dalam laut.

Sementara itu, Kosmo! Online hari ini melaporkan mayat lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan meninggalkan kereta jenis Proton Waja sebelum terjun ke dalam laut di KM 6.8 Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 5.40 petang semalam ditemui kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. – K! ONLINE

UTAMABERITAMayat mangsa jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui terapung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium