25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Mekanik maut langgar kuda padi terlepas dari kandang

Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda padi yang dipercayai terlepas dari kandang di Kilometer 89 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kejadian pada 9.40 malam itu menyebabkan Muhammad Shukri Che Aris, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr maut di tempat kejadian kerana parah pada kepala dan badan.

“Mangsa yang dalam perjalanan dari Lipis ke Merapoh dipercayai tidak menyedari kehadiran kuda itu kerana keadaan jalan yang gelap,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Azli berkata kemalangan yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh itu juga menyebabkan kuda padi tersebut mati di lokasi kejadian.

Pemilik haiwan itu telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan, katanya.

Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Persit Merapoh di Gua Musang, Kelantan dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...