32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Mufti Perlis ‘pekak’, kata Mahathir

Bertahun Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) mengata pentadbiran Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga ke tahap memfitnah, tak pula bekas Perdana Menteri membalas dengan cercaan terhadap Dr Maza.

Dr Maza menjadi salah seorang yang menyebabkan Pakatan Harapan DAP menang dalam PRU-14 dengan sokongan terbukanya terhadap kenyataan dan fitnah pemimpin PH sebelum PRU-14.

……….
Mufti Perlis ‘pekak’, kata Mahathir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa kedudukan Islam semakin ‘tidak selamat’ di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pasal dia ‘pekak’.

“Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar,” sindirnya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) di Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu Mohd Asri di laman Facebooknya hari ini mendakwa ramai beranggapan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu awal pagi semalam atas dakwaan menghina agama Hindu dalam satu ceramah. [1]

“Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini. Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan. 

“Betapa ramai yang menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam, juga hanya dipanggil memberikan keterangan.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam, telah menyebabkan beliau ditangkap,” tulis Mohd Asri.

Mohd Asri mendakwa penangkapan itu menunjukkan masyarakat Islam semakin “dibuli” oleh kerajaan PH.

“Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?

“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” tegasnya.

Rujukan:
[1] ISLAM TERANCAM (Facebook Dr Maza)
https://www.facebook.com/279290772989/posts/10157310997167990/

Berita Berkaitan

Komen

  1. Bukan menghasut tapi menyuarakan suara rakyat iaitu Raja dan rakyat …berpisah tiada…
    Lebih2 lagi bila ada orang dap wan ji ura2 negara ke arah negara republik….
    Dari segi percakapan pun macam tak boleh terima pembatalan statut rom ni je…madeyy
    Licik sungguh…
    cubaan menghapuskan bangsa melayu berdaulat negara islam keramat ini…dengan dibantu hindraf dap ph dengan idealogi malaysian malaysia…akhirnya jadi NEGARA REPUBLIK PH
    Titah Ucapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenaan dengan Kuasa dan Kedaulatan Pelembagaan Negeri Johor, Statut Rom serta ICERD

    SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,
    SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI BAHAWA NEGERI JOHOR ADALAH SEBUAH NEGERI YANG MERDEKA DAN BERDAULAT, LEBIH AWAL DARIPADA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ATAU PUN MALAYSIA. KEDAULATAN ITU BERMAKNA NEGERI JOHOR MEMPUNYAI HAK DAN KUASA DALAM MELAKSANAKAN PERKARA-PERKARA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

    OLEH ITU, SAYA SEBAGAI RAJA DAN PEMERINTAH UTAMA NEGERI, MEMPUNYAI HAK DAN KUASA KE ATAS KERAJAAN SAYA, DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA NEGERI JOHOR DAN RAKYAT YANG BERNAUNG DI DALAMNYA.
    KUASA NEGERI TERHADAP AGAMA ISLAM, SUMBER AIR, HUTAN DAN TANAH TIDAK PERLU DIPERSOALKAN LAGI. RAJA SEBAGAI PEMERINTAH NEGERI PULA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG DAN BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGERI DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SEBAGAI BUMIPUTERA.

    MANA-MANA PIHAK YANG TELAH MENYENTUH HAK DAN KUASA RAJA ATAU KERAJAAN NEGERI, ADALAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PENDERHAKA.
    TINDAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG INGIN MERATIFIKASI ICERD DAN MENANDATANGANI STATUT ROM, ADALAH SATU TINDAKAN YANG BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KERANA IA MENYENTUH KUASA RAJA-RAJA DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU SERTA KEMULIAAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI.
    KERAJAAN HARUSLAH INGAT TENTANG KONTRAK SOSIAL DALAM SEJARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAHULU, DI MANA KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU TIDAK BOLEH DISENTUH ATAU DIKURANGKAN.

    OLEH YANG DEMIKIAN, SUKA SAYA INGATKAN KEPADA KERAJAAN SUPAYA TIDAK TERUS MENGIKUT APA JUGA KONVENSYEN ANTARABANGSA HANYA UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN ORANG LUAR, TETAPI AKHIRNYA NANTI IA AKAN MEMUSNAHKAN KEDAULATAN NEGARA DAN MENGUGAT KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SENDIRI.

    DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM
    Inilah faedahnya bila Ummah Islam bersatu padu dan memartabatkan agama Islam yang diketuai oleh Raja2 Melayu Islam itu sendiri dapat mengalahkan anasir2 jahat dalam dan luar…
    Alhamdulillah…
    Allahuakbar….
    Raja dan rakyat…berpisah tiada…

  2. Inilah Tuhan nak tunjukkan di beri hidup lama tapi masih angkuh ,putar belit serta merasakan dia akan hidup selama – lamanya.. inilah contoh manusia yg cukup jahat dan munafik.. Sampai malaikat pun dia cakap salah…. Atuk munafik malaikat maut tidak pernah silap…

  3. Yg pekak ok lah yg sialnya siapa?
    Kes Adib dan amah yg kena bunoh kes menghina raja2 menghina Yg DiPertuan Agong yg menghina lslam dan akhir sekali menghina melayu apa tindakkan yg kita dwngar dan ketahui…..inilah dasar pakatan sial yg menurut arahan komunis dan yahudi serta paria2 yg memegang tampok undang2 negara yg menjadi hakim buat malaysia pakatan sial lagi hancing….haprk punya pakatan…..f¥£€!!&&@%

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.