Wednesday - August 4, 2021 @ 02:07
BERITANASIONALNajib Ziarah Pasangan Warga Emas Di Kampung Pasir, Batu 14 Puchong

Najib Ziarah Pasangan Warga Emas Di Kampung Pasir, Batu 14 Puchong

cny  puchong Cheng Ah WahKUALA LUMPUR  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat sepasang warga emas di Kampung Pasir, Batu 14, Puchong, Sabtu yang terlibat dalam program bantuan baik pulih rumah melalui inisiatif ‘Prihatin 1Malaysia’.

Dalam kunjungan kira-kira 15 minit di kediaman pasangan Cheng Ah Wah, 78, dan isteri Wong Siew Yoon, 74, Najib yang ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan sumbangan hamper berisi makanan.

Ketibaan Najib dan Rosmah pada kira-kira 8.45 malam disambut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Pasangan warga emas itu antara 10 penerima bantuan di bawah program yang dilaksanakan di kampung berkenaan.

Najib kemudian menaiki bas bersama rombongan ke pasar malam Batu 14 yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediaman warga emas itu, sebelum menghadiri majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di Taman Puchong Utama.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here