Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Malaysia

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Indonesia

Indonesia
4,240,019
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
4,082,454
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
143,205
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Thailand

Thailand
1,850,482
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
1,730,727
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
18,755
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Global

All countries
244,408,870
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
219,705,500
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
4,963,458
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

@NajibRazak Yakin BN Mampu Harungi Ujian Getir Dalam PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi ujian yang dihadapi ketika ini sekali gus menjamin akan mengembalikan semula kekuatan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan UMNO dan BN sejak mula ditubuhkan lagi telah diuji pelbagai ujian, namun kesemuanya berjaya dihadapi sehingga BN mampu meneruskan kelangsungan pemerintahan sehingga kini.

Katanya, parti telah mengalami lima krisis besar sejak penubuhannya termasuk pengasasnya Datuk Onn Jaafar keluar dari UMNO dan penubuhan parti Negara, tragedi berdarah 13 Mei dan parti UMNO diharamkan.

Selain itu, gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan pada tahun 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menguji kekuatan parti selain tsunami politik dalam PRU 2008 yang menyebabkan BN kehilangan lima negeri serta majoriti dua pertiga.

“Sejarah parti ada beberapa detik sebelum ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran setiap kali kita berdepan dengan krisis iaitu dengan kembali kepada asas kekuatan kita.

“Situasi ini hampir sama dengan keadaan pada 1999 di mana kita terpaksa melakukan pemulihan UMNO dan BN, jadi dalam situasi seperti itu kita kena melakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasa kita kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita BN, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini, yang dihadiri oleh hampir 20,000 orang terdiri daripada Wanita UMNO dari peringkat cawangan di seluruh negara serta sayap wanita BN.

Turut hadir isterinya Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib yakin BN akan melepasi ujian dalam PRU kali ini dan parti kini sedang melakukan pelbagai usaha untuk menambah kekuatan dalaman termasuk kekuatan hubungan dengan rakyat.

“Kekuatan kita dengan rakyat bergantung kepada keyakinan rakyat sebab itu kita buat pelbagai usaha yang patut dilakukan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai ucapan Shahrizat dalam majlis itu yang mahukan wanita diberikan lebih kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Najib berkata pemilihan calon bukan dilakukan atas faktor jantina.

Sebaliknya, katanya ia dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kawasan serta faktor calon yang dipilih itu mampu menang di kawasan yang ditandingi.

“Kita kena tengok keadaan, kena tengok mikro juga walaupun nak tambah kerusi (wanita), kena tengok kesesuaian kawasan berdasarkan calon yang boleh menang dan kena memastikan sesiapa saja yang jadi calon boleh menang,” katanya.

Ditanya sama Menteri Besar dan Ketua Menteri dari BN telah diarahkan menyerahkan nama calon yang difikirkan layak bertanding pada PRU ke-13, Najib berkata ia merupakan rahsia parti.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021