Osama Terbunuh Dalam Operasi Gempur 40 Minit

 

Hasil pemburuan sejak 11 September 2001, akhirnya pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden, yang disenaraikan paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat, dilapor terkorban dalam operasi gempur yang mengambil masa 40 minit.

Operasi dilancarkan di Abbottabad, 100 kilometer timur laut Islamabad, Pakistan, secara tidak langsung, membongkar lokasi persembunyian sebenar Osama, yang sebelum ini dihebohkan berada di Afghanistan.

Operasi membabitkan helikopter dan tentera darat itu dilancarkan hasil jejak perisikan Amerika Syarikat dan lokasi persembunyian Osama sudahpun dimaklumkan kepada Presiden Barack Obama sejak Ogos lalu.

Jejak dibuat berdasarkan pengintipan ke atas seorang pengikut setia Osama, sejak beberapa tahun lalu.

Ini membawa kepada penemuan kawasan operasi dan bangunan persembunyian Osama.

Laporan BBC menyebut seorang pegawai kanan tentera Amerika, mendakwa operasi berkenaan hanya membabitkan satu kumpulan kecil tentera.

Serbuan mencetuskan tembak-menembak.

Kematian osama disahkan sendiri Presiden Obama.


Comments (No)

Leave a Reply