Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPenerima Biasiswa Nasional Bangga...

Penerima Biasiswa Nasional Bangga Dengan Usaha Kerajaan - pakdin.my

PUTRAJAYA: Penerima Biasiswa Nasional 2011 bangga dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan yang dianggap selaras dengan matlamat untuk memperluaskan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira kaum, sebaliknya berdasarkan kepada pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Said Nilai, Negeri Sembilan, S. Narendar berkata peluang yang diberikan itu sekaligus dapat merealisasikan impiannya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Australia.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana sangat prihatin dengan keperluan pendidikan tanpa mengira kaum, saya amat gembira dengan tawaran itu dan berjanji akan berusaha menggunakan peluang itu sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Narendar, 18, adalah antara 30 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas yang menerima Surat Tawaran Biasiswa Nasional 2011 untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka diiktiraf kerajaan dalam bidang pilihan.

Surat tawaran biasiswa itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Biasiswa itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 sebagai ganjaran kepada pelajar cemerlang yang dipilih berdasarkan merit bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti terkenal dunia.

Penerima biasiswa itu juga akan menikmati Elaun Sara Hidup sebanyak 50 peratus lebih tinggi berbanding program biasiswa sedia ada.

Kegembiraan sama turut dikongsi Hwang Sin Ye,17, bekas pelajar SMK Bukit Jalil Kuala Lumpur yang merasakan peluang itu amat tidak disangka sama sekali dan berazam untuk tidak mempersiakan kepercayaan yang diberikan.

“Peluang diberikan itu bukti keprihatinan kerajaan dan saya amat berterima kasih kerana merealisasikan cita-cita saya dan keluarga. Saya akan menjadikan peluang itu untuk melahirkan penciptaan baru dalam bidang perubatan,” katanya yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi di Amerika Syarikat.

Bekas Pelajar SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya Iman Izni Ezzat Chan, 18, pula menerima tajaan kerajaan itu kerana menyifatkan tawaran sedemikian hanya diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kurikulum.

“Walaupun saya rasa tertekan tetapi dalam masa sama,ia disifatkan sebagai pencetus semangat untuk saya buat yang terbaik,” katanya yang akan meneruskan pengajian di peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM.

Muhammad Putera Farid Iskandar pula merasakan tajaan kerajaan itu akan menguatkan lagi azam dan tekadnya untuk menabur bakti kepada negara selepas tamat pengajian kelak.

“Ia sesuatu yang mengejutkan kerana saya sedar yang memohon untuk dapat tajaan itu ada beratus orang dan bila terpilih, saya bersyukur dan berazam untuk menabur bakti kepada negara dalam jurusan yang saya pelajari nanti,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban itu. -BERNAMA

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883