24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Pelbagai Objek Dikesan Di Kawasan Pencarian Baharu #MH370

MH370-objek-terkini-290314

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

“Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti,” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.

AMSA berkata, sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik pada Sabtu namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian pada Sabtu ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.


Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

“Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari,” jelas kenyataan itu.

AMSA berkata, Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

“Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari,” kata AMSA.

Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

“Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat
petang ini atau di sebelah malam,” katanya.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...