Sunday - July 25, 2021 @ 07:01
POLITIKPILIHAN RAYAPEMBANGKANG HANCUR LAWAN SESAMA SENDIRI

PEMBANGKANG HANCUR LAWAN SESAMA SENDIRI

pakatan-rakyat

Pilihan Raya Umum ke 13 mencatat sejarah dalam banyak segi bukan setakat pertandingan politik paling sengit dan getir untuk merebut 222 kerusi parlimen serta 505 kerusi dewan undangan negeri.

PRU ke 13 juga melakar sejarah poltik tanah air sebagai pilihan raya paling menarik sejak 1959 dengan 579 calon menawarkan diri untuk bertanding di kawasan parlimen di seluruh negara manakala jumlah yang lebih besar seramai 1,320 calon bagi kawasan DUN.

Barisan Nasional sebagai gagasan politik peringkar kebangsaan yang paling lama dan pengalaman sejak era merdeka mewarisi kesinambungan daripada Perikatan dilihat sebagai ‘favourite’ untuk memenangi PRU13.

Malah dengan mood amat rakyat yang amat ketara menyokong BN tidak mustahil kemenangan besar BN akan juga diiringi pencapaian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRU13 juga mmperlihatkan ketegasan BN memecat ahli-ahli yang mengkhianati kesetiaan terhadap parti dengan bertanding sebagai calon bebas di mana perkara yang sama juga berlaku kepada beberapa calon parti pembangkang.

Bagaimanapun aspek paling terserlah di dalam pilihan raya kali ini  ialah kemelut yang melanda pakatan pembangkang yang pada mulanya menonjolkan imej seolah-olah mereka adalah satu blok yang berdisiplin, mempunyai organisasi yang kemas dan sukar digugat oleh pihak lawan.

Pada mulanya pembangkang amat yakin terhadap impian mereka menawan Putrajaya tetapi setelah parlimen di bubar berlakulah pertelingkahan dan pergaduhan yang hebat dan serius di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap dalam isu pengagihan kerusi.

Masing-masing menunjukkan sikap dan wajah mereka yang sebenar iaitu perangai tamak haloba untuk membolot seberapa banyak kerusi yang ditandingi.

Walaupun pada peringkat awal ketiga-ketiga parti pembangkang mahu menutup segala perbalahan dan krisis yang berlaku namun ia tidak mampu menangkisnya lagi apabila isu merebut kerusi meletup tanpa dapat dikawal lagi.

Maka pada hari penamaan calon Sabtu lalu berlakulah perlawanan sengit antara parti pembangkang – PKR melawan Pas.

Akhirnya PKR bergelut dengan Pas di tujuh kawasan semantara Dap pula pening kepala memikirkan mengenai status parti itu berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak mengiktiraf senarai jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Pembangkang yang menggelar kerjasama politik mereka sebagai Pakatan Rakyat sidah berkecamuk dan keadaan dalam parti masing-masing menjadi kucar kacir.

Barisan pimpinan atas hinggalah ke peringakat akar umbi masing-masing menyalahi satu sama lain, maki dan hamun dan menunjukkan sikap tidak mahu mengalah.

Malah Ketua Pembangkang mempertahankan keputusannya untuk meletakkan ‘Chegu Bard’ yang merupakan pangkat anak saudara kepada beliau sebagai calon PKR di DUN Sg Acheh.

Tindakan itu menyebabkan rakan sekutu Pas marah lalu meletakkan calon mereka sendiri untuk menentang PKR.

Selain Sg Acheh di mana Mohd Yusni Mat Piah dari Pas berentap dengan calon PKR di Kota Damansara juga menyaksikan Ridzuan Ismail dari Pas berdepan dengan Dr Mohd Nasir Hashim dari PSM yang bertanding di bawah lambang PKR selain tiga calon bebas yang lain.

Di Labuan calon Pas Hadnan Mohamad bertemu Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR manakala di Panti, Johor, Azlisham Azahar wakil Pas melawan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh.

Begitu juga di Seberang Takir, Terengganu, Zakaria Dagang (PAS)
betembung Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR).

Satu lagi kawasan di Terengganu iaitu Kota Putera menyaksikan Adam Mat Said (PAS) berlaga dengan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) manakala di Bukit Besi juga di negeri yang samaRoslan Ismail dari Pas bersekemuka dengan Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR.

Perlawanan antara parti-parti pembangkang sebenarnya adalah satu rahmat kerana undi pembangkang akan berpecah dan ini memberi peluang yang lebih besar dan mudah untuk BN memenangi di kawasan terbabit.

Perebutan kerusi DUN Sg Acheh selain enam lagi kawasan lain yang gagal diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang adalah bukti jelas Pakatan Rakyat tidak sepakat dan rangka kerjasama mereka adalah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika pembangkang tidak ada muafakat sesama sendiri bagaimana mungkin mereka mahu menggalas tanggungjawab yang maha besar untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia dengan kepelbagaian bangsa dan suku etnik serta bahasa budaya dan agama?

Jika hanya tiga parti tidak boleh berbincang hanya mengenai satu isu yang tidak begitu serius seperti parti mana bertanding  di mana bagaimana pembangkang mengatakan mereka lebih baik daripada BN yang berjaya mengurus dan bersepakatan dengan mantap bersama-sama 14 parti-parti politik?

Oleh itu rakyat harus tidak terpedaya sama sekali dengan helah dan tipu daya pembangkang yang hanya berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan pemimpin mereka dan bukannya demi rakyat.

Pembangkang hanya melakukan sesuatu kononnya demi rakyat apabila ia melihat peluang untuk mengaburi mata rakyat.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here