Pemilihan Umno Ditangguh, Beri Tumpuan Hadapi PRU-14 – Najib - pakdin.my

najib-tangguh-pemilihan-umno-pru14

Pemilihan Umno bagi semua peringkat yang dijadualkan pada tahun depan akan ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat selama 18 bulan bagi peringkat Majlis Tertinggi (MT), bahagian dan cawangan mengikut Fasal 10 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk berbuat demikian.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memberi keutamaan terhadap khidmat parti kepada rakyat dengan segala keperluan sama ada di peringkat dasar mahupun akar umbi.

“Ini bagi pengukuhan Umno supaya lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Ini bukan perkara luar biasa kerana sudah pun dilakukan penangguhan pada zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah (bekas Presiden Umno),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat MT Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.

UTAMAPOLITIKPemilihan Umno Ditangguh, Beri Tumpuan Hadapi PRU-14 - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium