28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Pemuda MIC Dan NGO Serah Memorandum Bantahan Roboh Kuil

MASYARAKAT INDIA SELANGOR MENGAMUK DI SHAH ALAMKira-kira 300 anggota Pemuda MIC dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi membantah tindakan kerajaan Selangor meroboh kuil di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 20 Nov lepas.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MIC T Mohan mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor terburu-buru merobohkan rumah ibadat kaum Hindu dan melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam berhampiran kawasan kediaman.


“Adakah salah mendirikan tempat beribadat di kawasan rumah untuk tujuan bersembahyang bersama keluarga?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Razak Ismail, pembantu khas exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar, di pintu masuk SUK.


Mohan berkata mereka mendesak kerajaan negeri membina semula rumah ibadat tersebut dalam tempoh dua minggu selain memberi pampasan kepada pemilik rumah ibadat berkenaan.


Mereka juga meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat India berhubung isu merobohkan kuil di Selangor yang berlaku sejak 2008.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan