Penyebaran video dikaitkan menteri Kabinet bermotif politik, kata Mahathir

Tahun 1998, kanak-kanak pun tahu sebut lancap dan liwat kerana perkataan itu tidak lekang dari mulut Mahathir dan disiarkan di media perdana dan ceramah umum tanpa sensor. [1]

Tilam diangkut ke mahkamah dan tertuduh di aibkan seaib-aibnya menggunakan mahkamah, media perdana dan ceramah umum.

Dalam kes liwat 2, Peguam yang bertundak sebagai pendakwa raya, Tan Sri Shafee Abdullah juga mendedahkan bahawa Mahathir yang mahu beliau menjadi pendakwa raya dan mahu Tan Sri Shafee memastikan Anwar didapati bersalah dan di penjarakan. [2]

Azmin juga pernah membuat pengakuan beliau di aibkan oleh rejim Mahathir. [3]

………

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran klip video berunsur lucah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda politik.

Beliau berkata video berkenaan sukar dipercayai kebenarannya seperti didakwa memandangkan pada masa kini, banyak pihak yang bijak mampu menyunting dan menghasilkan gambar dan video seumpamanya.

“Saya tidak fikir (video dan gambar) ini benar. Ia dibuat oleh seseorang dengan agenda politik. Kalau anda nak kalah, anda nampak orang lain nak menang, anda tunjuk gambar lucah. Kalau macam itu, setiap hari boleh tunjuk gambar lucah.

“Lepas ini boleh nampak gambar saya pula lah. Jangan lakukan kerja kotor ini. Pastikan politik lebih bersih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan anjuran ketua bahagian, ketua srikandi dan ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di  Pusat Konvensyen Setia City di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mempersoal tujuan sebenar seorang lelaki yang mengaku dirinya terlibat dalam perilaku video berkenaan.

“Lelaki yang mengaku, ini disengajakan. Kalau tak, tak akan dia nak mengaku. Biasanya, orang itu (pelaku video lucah) malu nak mengaku, tapi ini tak malu. Apa tujuannya?,” katanya.

Ditanya sama ada beliau ada bertemu dengan menteri Kabinet tersebut mengenai isu video terbabit, Dr Mahathir mengatakan ada berjumpa dengannya seperti biasa semalam namun ia hanya berkaitan mesyuarat Kabinet.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai wujudnya pertembungan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat ekoran video lucah itu, beliau hanya menyatakan yang pihaknya tidak tahu mengenainya.

“Cara macam ini (penyebaran video lucah) tak patut ada dalam Malaysia. Kotor sangat dah,” katanya ringkas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah.

Mohamed Azmin yakin siri fitnah tersebut adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkan beliau dan memusnahkan karier politiknya. — Bernama

Rujukan:
[1] Anak muda tanya Dr M dakwaan Anwar ‘melancapi lelaki’
https://www.malaysiakini.com/news/402844

[2] Tun Mahathir desak Najib lantik saya, dakwa Shafee
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-desak-najib-lantik-saya-dakwa-shafee-185094

[3] Saya ditelanjang, kemaluan saya dirakam jurugambar: Azmin
https://www.malaysiakini.com/news/2233

https://pakdin.my/tag/video-intim

Comments (26)

  1. Slimer Emirs Jun 13, 2019 @ 16:45
  2. FaNsuri Latapi II Jun 13, 2019 @ 16:49
  3. Ajihim Ibrahim Jun 13, 2019 @ 16:58
  4. Nasarudin Shamsudin Jun 13, 2019 @ 17:18
  5. Syulymansyur Syulym Jun 13, 2019 @ 17:27
  6. Mohd Hata Jun 13, 2019 @ 17:35
  7. Mohd Syamsull Jun 13, 2019 @ 17:55
  8. Abdulghani Mohdzin Jun 13, 2019 @ 19:24
  9. Abdull Apdul Jun 13, 2019 @ 19:52
  10. Molani Sajono Jun 13, 2019 @ 19:52
  11. Adie Zarith Edie Jun 13, 2019 @ 20:00
  12. Suhaimi Nawir Jun 13, 2019 @ 20:07
  13. Alex Peace Jun 13, 2019 @ 20:31
  14. Matqaypo Qaypo Jun 13, 2019 @ 20:35
  15. Abgabdulrahman Abgrambli Jun 13, 2019 @ 20:42
  16. Kandawai Kodori Jun 13, 2019 @ 20:45
  17. Adam Lee Jun 13, 2019 @ 20:47
  18. Ain Aiman Jun 13, 2019 @ 21:22
  19. Mohamed Arsat Jun 13, 2019 @ 21:28
    • Ahmad Husin Jun 13, 2019 @ 23:47
  20. Mohamedkamaludin Abdrashid Jun 13, 2019 @ 21:29
  21. Zaimarian Yusof Jun 13, 2019 @ 21:54
  22. Pak Amer Chandan Amerazi Jun 13, 2019 @ 23:33
  23. Mohd Budin Jun 13, 2019 @ 23:58
  24. Zainol Muhd Jun 14, 2019 @ 1:24
  25. Md Alwi Jun 14, 2019 @ 14:29

Leave a Reply