25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

‘Percayalah, kepentingan agama, bangsa dan negara diutamakan’

UMNO parti berpengalaman dan segala apa yang mahu dilakukan mengambil kira pelbagai perkara.

It tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

“Percayalah, sudah tentu agama, bangsa dan negara diutamakan. Kepentingan parti, ahli dan penyokong UMNO akan didahulukan.

“Yakinlah kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia. MT UMNO Malaysia memahami tangggungjawab dan amanah parti. Sudah tentu perkara terbaik untuk parti akan dilakukan”, ujarnya dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut khusus mengenai apa kenyataan itu namun sudah tentu ia ada kaitan dengan mesyuarat MT esok yang akan memutuskan sama kerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membentuk kerajaan baharu dipersetujui atau tidak.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti di semua peringkat untuk perkukuhkan kekuatan parti dan mengutamakan perpaduan.

“Hadapi musuh sebenar kita dan elakkan berperang sesama sendiri,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.