Perjelaskan ‘touch point’ Bajet 2015 kepada rakyat – Najib - pakdin.my

wpid-najib-mesyuarat-dewan-tertinggi-bn-touchpoint.jpg

“Dasar-dasar yang telah disebutkan dalam bajet berkenaan seperti dasar rasionalisasi subsidi, konsep antara ‘capital economy’ dan ‘people economy’ dan lain-lain lagi perlulah diperjelaskan termasuklah juga dengan pelaksanaan GST supaya apa jua tujuan baik kerajaan dapat diterima oleh rakyat secara lebih positif lagi.”

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu  ‘touch point’ kepada rakyat yang terkandung di dalam Bajet 2015 diperjelaskan supaya matlamat kerajaan dapat diterima secara baik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), di ibu negara, Jumaat malam.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Dewan Tertinggi parti juga turut mengambil maklum kejayaan parti dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

“Kita berharap kejayaan-kejayaan berkenaan boleh dijadikan kerangka untuk BN membuat persedian yang lebih rapi supaya BN lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa yang akan datang.

“Kita perlu lihat soal dalaman parti masing-masing, memperkukuhkan jentera masing-masing dan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk menentukan kejayaan BN dan kelangsungan kuasa Barisan Nasional,” katanya.

UTAMAPOLITIKPerjelaskan ‘touch point’ Bajet 2015 kepada rakyat - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium