PH: Antara janji VS realiti

Kongsi:

1. Penceramah penceramah PH semasa berkempen PRU14 menyatakan Ekonomi Malaysia sedang mengalami masalah besar, negara akan Bankrap:

Hakikatnya bila masuk Putrajaya Zetty Aziz menyatakan bahawa Ekonomi Malaysia adalah Stabil.

2. Penceramah penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa kerajaan dulu tidak pandai menguruskan ekonomi negara,

Ketika masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa Rezab Negara berjumlah RM430B dan tertinggi dalam sejarah negara ini

3. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa Harga Minyak akan diturunkan selepas masuk Putrajaya…

Selepas masuk Putrahaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa apungan harga minyak kekal sehingga mereka menemui mekanisma baru. Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menurunkan harga minyak semasa mereka bercakap tentang penurunan harga minyak

4. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan GST sebaik saja mereka masuk Putrajaya,

Ketika mereka masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa kerajaan memerlukan masa 100 hari untuk mencari mekanisma bagi menghapuskannya. Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menghapuskan GST semasa mereka berkempen pada PRU14

5. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan Menghapuskan TOL,

Setelah masuk Putrajaya, TOL tidak dihapuskan kerana masalah penyelenggaraan.

6. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan Pelaburan dari Negara Komunis China akan di lupuskan

Tetapi apabila mereka masuk Putrajaya, Pelaburan dari China adalah bagus dan akan diteruskan.

Hari ini RAKYAT sepatutnya sedar sikap pemimpin-pemimpin PH yang hanya pandai bercakap tetapi masih teraba-raba langsung mencari mekanisma untuk menyelesaikan apa yang mereka cakapkan.

http://pakdin.my/tag/manifesto

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

53 Replies to “PH: Antara janji VS realiti

  1. laa ni bila nmpk mcm x de kes dia nk pusing dakwa najib bwah akta pengubahan wang haram plak,nampak beno konspirasi,untk melunaskn dendam dia seboleh bolehnye memg nk najib dipenjarakn..mcm dia buat kt nuar dlu..

  2. Antara barangan milik DS Najib yang telah dirampas oleh pihak PDRM di Pavilion Residences adalah :

    • 72 buah bagasi berisi wang tunai, barang kemas & barangan berharga lain
    • 284 kotak berisi beg tangan berjenama mewah

    Ini tidak termasuk barangan rampasan di lokasi lain.

    Tahniah CCID PDRM!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.