25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

PROPAGANDA MENGENAI EKONOMI YANG DIKITAR SEMULA DI WHATSAPP UNTUK YANG TAK GUNA OTAK

Berikut adalah satu lagi propaganda Pakatan yang direka untuk mensabotaj ekonomi dengan meminta orang ramai supaya tidak berbelanja.

Jika semua orang tidak berbelanja maka tidak akan ada jualan. Apabila tidak ada jualan, tidak akan ada wang untuk membayar pekerja atau mendapatkan bekalan baru.

Kemudian akan ada hilang pekerjaan dan ekonomi akan runtuh.

Ini adalah bagaimana kejinya Pakatan.

—-
Dalam surat khabar cina hari ni, kalau pandai, sila beli & baca akhbar “China Press”. Muka depan atas sekali sebelah kanan cerita pasal masalah ekonomi Malaysia semakin teruk dgn nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik.

Mereka menasihati bangsa dia ikat perut dan berjimat dengan tidak membeli barangan yang tidak perlu.

Cerita dari mana ni? Tiada akhbar atau pemimpin di dunia ini pernah meminta rakyat untuk berbelanja secara melulu atau tidak perlu mengaitkan soal kaum dalam hal ini, jadi jangan bermain permainan kaum. Kerajaan atau pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak – walaupun dalam akhbar Melayu. Apa yang salah dalam hal ini ini?

Akhbar & majalah melayu kita termasuk Utusan, URTV, Mangga dll hanya menyiarkan hiburan, artis baru naik, kahwin cerai artis, kemalangan, bom sana sini, dadah, dan lain2 yg remeh temeh melekakan Melayu. Mereka tidak menyiarkan tajuk demikian kerana takut rakyat panik.

Semua jenis pernivgagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk Sogo. Pusat perniagaan Nilai 3 di Seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di Pertama Complex. Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kemudian CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018.

Ya, ada kelembapan ekonomi dunia tetapi disebabkan oleh dasar yang baik, Malaysia telah dapat mengendalikan dengan baik. Pertumbuhan negara adalah lebih perlahan tetapi ia masih pertumbuhan yang baik dan Ahli Ekonomi menyatakan, Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan KDNK tertinggi ke-8 di kalangan ekonomi utama di dunia pada tahun 2017.
https://pakdin.my/malaysia-ke-8-teratas-sebagai-ekonomi-negara-paling-pesat-berkembang-the-economist/

Malaysia tidak muflis pada tahun 1988, 1998, 2006. Tidak juga kita akan bankrap pada 2018.

Malah, disebabkan oleh dasar yang baik dan campur tangan yang tepat pada masanya, Malaysia terselamat dari kesan paling teruk dalam ‘Global Great Recession’ pada tahun 2008 dan 2010. Hanya 6 hingga 8 tahun yang lalu dan pasti anda masih ingat sama ada pada masa itu ekonomi Malaysia terlalu teruk (sudah tentu tidak).

Jadi, jika Malasyia selesa terselamat ‘Great Global Recession’ yang lalu, apa yang kita perlu takut untuk 2018? Malah, harga minyak global dan harga komoditi yang sudah mula pulih dan berkembang lebih kukuh. Ini akan menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik.
https://pakdin.my/hutang-negara-najib-selamatkan-ekonomi-negara-dari-the-great-global-recession2017-kalau-tidak-ahli-perniagaan-chauvinist-cina-dap-dan-kroni-mahathir-ramai-gulung-tikar/

Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah. Sekadar ingatan buat diri sendiri & teman2 ku semua.

surat khabar berbahasa melayu tetap mengatakan ekonomi negara stabil dan berkembang….

Ya, berbelanja dengan bijak dan mengikut kemampuan kita. Jika kita mempunyai kemampuan kewangan dan keperluan sebenar, sila teruskan untuk berbelanja atau melabur apa sahaja yang kita pilih. Tetapi jangan menyebar cerita palsu memburukkan ekonomi negara yang akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi kita dengan melakukan sabotaj. Dan tidak ada keperluan untuk bermain isu perkauman.

Kebanyakan ahli ekonomi termasuk Bank Dunia dan IMF telah menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia akan terus berkembang pada tahun 2017. TIADA AHLI EKONOMI menyatakan bahawa Malaysia akan berada dalam kemelesetan atau krisis ekonomi. Hanya ahli politik yang mempunyai agenda mereka sendiri yang mengatakan kita berada dalam krisis kerana mereka tidak teragak-agak untuk mensabotaj ekonomi negara untuk memenuhi nafsu mereka untuk berkuasa.

20161024-whatsapp-fraud

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan