Pulau Pinang tolak penempatan pelarian Rohingya

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

rohingya_pulau-pinang

Akhirnya terjawab! Seperti yang sudah dijangka inilah jawapan yang bakal diberikan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bila berdebat di Dewan Rakyat dan di hadapan media begitu lantang menyuarakan pendapat mahu nasib pelarian Rohingya dibela dan Malaysia patut mencerminkan imej yang baik sebagai Pengerusi ASEAN.

Tapi itu semua hanya cakap-cakap kosong pembangkang yang sememangnya sudah diketahui umum pandai bercakap tapi takut melaksanakannya.

Inilah hakikat yang semua rakyat perlu terima apabila Malaysia mula mengambil pendirian membantu pelarian ini dengan memberikan mereka penempatan sementara mulalah ada pihak yang membantah dan ia dari pembangkang itu sendiri juga.

Terbaru Kerajaan Pulau Pinang menolak pendatang Rohingya dan Bangladesh ditempatkan di negerinya dan mahu mereka ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan.

Alasan yang diberikan adalah kerajaan negeri menghadapi masalah tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar.

Ia dinyatakan sendiri Ketua Menterinya, Lim Guan Eng kepada The Star.

Katanya seramai 50,000 pelarian Rohingya berada di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan ia tidak boleh membenarkan tanah kerajaan negeri digunakan untuk menempatkan mereka.

Guan Eng berkata, Pulau Pinang perlu dimaklumkan mengenai apa-apa rancangan untuk menempatkan pendatang berkenaan di negeri ini.

Sementara itu beberapa NGO dan badan-badan industri Pulau Mutiara itu berkata ruang dan sumber yang cukup perlu disediakan jika Pulau Pinang bakal dijadikan lokasi penempatan pendatang.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan berkata Pulau Pinang boleh dijadikan penempatan sementara pendatang.

“Penempatan itu perlu mempunyai kemudahan asas dah kebersihan yang baik, penjagaan kesihatan dan unsur-unsur sosio-budaya.

“Mungkin Ketua Polis Negata tahu sesuatu yang kita tak tahu. Mungkin dia memikirkan Pulau Jerejak. Kami juga sedang memikirkan di mana lokasi sesuai yang difikirkannya. Negeri terlalu padat,” katanya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelarian Rohingya mungkin akan ditempatkan di penempatan sementara di negeri di utara termasuk di Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Pulau Pinang (PPPM), K Koris Atan berkata, negeri ini mempunyai imej ‘negeri tahanan’ beberapa dekad yang lalu apabila Pulau Jerejak digunakan untuk menempatkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Mengapa Ketua Polis Negara mencadangkan Pulau Pinang? Ia seharusnya berada di dalam negeri yang besar seperti Pahang,” katanya.

Sementara itu Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pangkalan TUDM di Butterworth adalah satu-satunya tempat yang mempunyai keselamatan yang baik untuk menempatkan pendatang.

“Kami sedang menunggu Majlis Keselamatan Negara untuk menghubungi kami supaya kita boleh bekerja bersama-sama,” katanya.

DAP sebelum ini menyelar tindakan kerajaan Malaysia menghantar pelarian Rohingya ke Burma kerana jelas ahli parlimen Klang, Charles Santiago, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN wajib melindungi pelarian Rohingya.

Namun, Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan kerajaan Myanmar yang sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut, bukan kerajaan Malaysia, malah bukan juga ASEAN.

BACA juga:

Leave a Reply