Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Rafizi ‘Panas Hati’ PAS Puas Hati Penjelasan Isu 1MDB

Bimbang isu 1MDB semakin tidak relevan untuk jadi bahan kepada pembangkang menghentam kerajaan BN, Rafizi Ramli mula tidak senang duduk apabila kenyataan rasmi pimpinan PAS pusat menyatakan mereka berpuas hati dengan pelan rasionalisasi syarikat milik kerajaan itu.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu mempersoalkan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas pertemuan mereka dengan CEO 1MDB Arul Kanda di sebuah hotel di Ampang semalam.

“Saya membaca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda kepada pimpinan tertinggi PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media untuk memastikan saya tidak tersalah dengar,” kata Rafizi dalam satu kenyataan pada Selasa.

Macam biasa, Rafizi yang selalu berlagak pandai, mempelecehkan kenyataan pemimpin PAS bahawa mereka berpuas hati dengan perkara tersebut.

“Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu,” kata Rafizi.

Beliau yang kini berdepan berbagai saman fitnah itu terus menggunakan ayat-ayat biasanya mendakwa pelan rasionalisasi 1MDB adalah ‘tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindah milik kepada kerajaan.’

Menurut Rafizi, beliau kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian pimpinan PAS itu kerana akan dijadikan modal oleh UMNO/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.

“Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan parlimen kerana selama ini beliau mengelak daripada hadir menjawab soalan-soalan anggota parlimen, terutamanya daripada pembangkang,” katanya lagi.

Beliau turut ‘menasihatkan’ pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda UMNO dan BN.

Petang Isnin, 30 orang pimpinan utama PAS yang diketuai Tuan Ibrahim dan turut disertai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan 1MDB termasuk Arul Kanda .

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Ahmad, Naib Presiden Idris Ahmad dan Ketua Penerangan Nasrudin Hasan.

Bercakap dalam sidang media selepas pertemuan tiga jam setengah di sebuah hotel di Ampang itu Tuan Ibrahim kata mereka berpuashati dengan pelbagai penjelasan Arul Kanda khususnya mengenai pelan rasionalisasi 1MDB.

Katanya beliau berharap 1MDB diberi peluang menyelesaikan segala hutangnya kerana kelewatan akan menyebabkan faedah atas pinjaman bertambah.

Arul Kanda juga katanya membentangkan kepada mereka beberapa dokumen berkaitan 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata PAS harap Kementerian Kewangan memberi laporan kepada kepada Parlimen segala perkembangan berkaitan 1MDB agar para Ahli Parlimen tahu.

Ekoran perkembangan ini, semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan jadi tak senang duduk.

Mereka beri 24 jam kepada Arul Kanda untuk adakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga turut tumpang semangkuk perlekeh kemampuan PAS dalam soal 1MDB.

Dalam sidang media di Georgetown, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempersoalkan apakah mereka faham apa yang Arul Kanda cakap.

Beliau juga ragu sama ada mereka tanya soal-soalan yang relevan.

Guan Eng angkat bakul parti sendiri dakwa sepatutnya Arul Kanda bagi penjelasan pada Tony Pua.

********

Rujukan:

*[VIDEO] PAS Puas Hati Pelan Rasionalisasi 1MDB Dan Usaha Yang Dibuat Selepas Jumpa Arul Kanda*

https://pakdin.my/video-pas-puas-hati-pelan-rasionalisasi-1mdb-dan-usaha-yang-dibuat-selepas-jumpa-arul-kanda/

Berkaitan