Rakan Nallakaruppan Diserang Tiga Lelaki Bersenjata - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang rakan baik Senator Datuk S Nallakaruppan semalam mengalami detik-detik cemas apabila beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Taman Sri Gombak di sini.

U Thamotharan, 45, seorang ahli perniagaan, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selepas cermin keretanya jenis BMW 530 dipecahkan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali pada 3 petang semalam ketika hendak keluar dari rumah.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata keretanya telah dilanggar terlebih dahulu dari belakang sebelum beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya sempat melarikan diri.

Mereka kemudian memecahkan cermin belakang dan depan serta dua cermin sebelah pemandu.

“Mereka menyerang sebagai amaran dan ugutan yang serius agar saya menjauhkan diri daripada menyokong Datuk Nallakaruppan,” katanya.

Beliau berkata dua dari penyerang itu memakai topi keledar dan suspek tidak dikenalinya.

Thamotharan, yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), berkata kejadian itu tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus berada di belakang Nallakaruppan.

UTAMABERITARakan Nallakaruppan Diserang Tiga Lelaki Bersenjata

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium