Penyeludupan Bayi: Empat Wanita Ditahan, Dua Bayi Diselamatkan Di Klang - pakdin.my

Ketua Polis Klang Selatan Mohamad Mat Yusop menunjukkan bayi yang berjaya diselamatkan semasa sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

KLANG, 6 April  — Polis menahan empat wanita, termasuk seorang wanita Singapura berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan bayi, di sini Jumaat.

Berikutan penahanan mereka, polis menyelamatkan dua bayi lelaki masing-masing berumur 22 hari dan tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata kesemua wanita berusia 28 dan 51 tahun itu ditahan di sebuah pusat beli belah terkenal di sini pada pukul 11.30 pagi hasil maklumat orang awam.

“Wanita rakyat Singapura itu, yang dipercayai orang tengah dalam aktiviti penjualan bayi itu dikesan bersama tiga lagi wanita tempatan di pusat beli belah itu.

“Tiga wanita tempatan terbabit dipercayai pengasuh yang menjaga bayi-bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini.

UTAMABERITAPenyeludupan Bayi: Empat Wanita Ditahan, Dua Bayi Diselamatkan Di Klang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium