Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata asas makroekonomi berdaya tahan dan rizab antarabangsa yang kukuh antara faktor menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta menjadi penampan terhadap kejutan ekonomi global.
Beliau berkata, pada 30 September lalu, kedudukan rizab antarabangsa negara meningkat RM415.1 bilion berbanding RM357.7 bilion yang dicatat bulan lalu.
“Kedudukan itu mencukupi untuk menampung 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin tahu sama ada ekonomi negara sedang bergerak ke arah yang lebih baik memandangkan negara sedang mengalami kejatuhan rizab antarabangsa serta penyusutan nilai Ringgit.
Najib menegaskan, bahawa ekonomi negara kekal kukuh walaupun dalam persekitaran luar yang tidak menentu termasuk kejatuhan harga minyak mentah dunia, volatiliti pasaran kewangan, penyusutan nilai Ringgit serta kelembapan ekonomi serantau.
Katanya, dalam tempoh separuh pertama 2015, ekonomi negara mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar 5.3 peratus disokong pengukuhan permintaan domestik terutamanya perbelanjaan sektor swasta.
Dari sudut penawaran pula, Najib berkata pertumbuhan disokong oleh perkembangan menyeluruh semua sektor ekonomi.
“Kerajaan sudah melaksanakan perubahan struktur bagi meningkatkan daya tahan ekonomi negara dengan menerokai pasaran baharu; meningkatkan peralihan kepada aktiviti nilai tambah tinggi; meliberalisasikan sektor perkhidmatan; meningkatkan produktiviti, kreativiti serta inovasi dan merancakkan permintaan dalam negeri untuk mengurangkan kesan kelembapan permintaan luar,” katanya.
Najib berkata, dalam usaha memacu perkembangan ekonomi, perhatian turut diberi untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam supaya memudahcara sektor swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh penglibatan usahawan termasuk perusahaan kecil dan sederhana dalam kegiatan ekonomi.
Kerajaan juga katanya, sudah mengumumkan beberapa langkah proaktif berikutan kebimbangan terhadap cabaran luar, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan mampu bertindak balas segera sekiranya berlaku perkara luar jangka.
Rizab antarabangsa kukuh, tampan kejutan ekonomi global – pakdin.my 2015-10-28 08:18:07 https://t.co/5TFzE29JxR
Rizab antarabangsa kukuh, tampan kejutan ekonomi global https://t.co/rmUVHdXOzF https://t.co/6V62naPfK3
Pasai value ringgit turun kot.. rezab naik le
Cuba buat calculation
357 ÷ 415 dengan
3.2 ÷ 4.2
Figure nya more n less aje
Rizab antarabangsa kukuh, tampan kejutan ekonomi global https://t.co/STnd3lUrxm
Rizab antarabangsa kukuh, tampan kejutan ekonomi global: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata asas … https://t.co/9BTH7K5SCo
Rizab antarabangsa kukuh, tampan kejutan ekonomi global: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata asas … https://t.co/l5qDzILC89
Azmi Haron liked this on Facebook.
Mohd Fadzil liked this on Facebook.