Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Malaysia

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Indonesia

Indonesia
4,240,019
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
4,082,454
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
143,205
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Thailand

Thailand
1,850,482
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
1,730,727
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
18,755
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Global

All countries
244,408,870
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
219,705,500
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
4,963,458
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Shahrizat Perlu Letak Jawatan Sebagai Ketua Wanita Umno – Kamilia

Kamilia Ibrahim.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

“Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

“Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu,” katanya dalam satu temu bual.

“Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.

“Masyarakat ‘mempermainkan’ Wanita dan memanggil kami ‘lembu’. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

“Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata.”

Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.

Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.

“Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi,” katanya.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.

“Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).”

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021