25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Siapa anwar yang hendak bercakap mengenai FELDA?

Sejak akhir-akhir ini anwar banyak bercakap mengenai FELDA samada didalam ceramah mahupun didalam Parlimen. Keghairah mereka brcakap mengenai FELDA telanh mengakibatkan KELDAIAN Daily disaman oleh pihak FELDA kerana fakta mereka yang tidak betul dan berunsur fitnah jahat.

Anwar agaknya lupa, sewaktu FELDA pernah diminta agar diletakkan dibawah seliaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri; Anwar menolak kononnya BUKAN STANDARD dia untuk menjaga kalangan peneroka yang miskin dan melarat. Malahan, Anwar sentiasa menyifatkan FELDA sebagai liabiliti politik kepada dirinya buat sekian lama. Mengurus peneroka yang miskin, melarat, tidak berpendidikan – adalah satu kerugian kepada Anwar. Anwar lebih minat menjaga warga Pakistan (seperti Munawar Anees), warga Indonesia (Sukma), dan mengurus ramai lagi skandal yang lain. Kepada Anwar – FELDA adalah lubuk kemiskinan yang boleh menyebabkan ramai orang beratur bertemunya di pejabat TPM/Kementerian Kewangan.

Ironi, kalau di peringkat awal Anwar sebagai Menteri Pertanian – dia sanggup untuk turun ke bendang; melipat kaki seluar dan sebagainya – Anwar pantas bertukar menjadi pemimpin Melayu yang LUPA mengenai kepentingan FELDA.

Dr Mahathir banyak kali mengingatkan Anwar bahawa FELDA adalah sangat strategik dalam politik Melayu. Tak pernah diendah. Anwar lebih rela berseronok dengan pakar antarabangsa di IKD, Konrad Adenaur Foundation, Renaissance Hotel, Tivoli Villa dan sebagainya.

Anwar jaki dengan kesungguhan PM menjaga dan memelihara kepentingan FELDA hari ini.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

alt Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
alt Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,
pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
alt Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA
diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
alt
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,
pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Hari ini, memang wajar FELDA mara ke pentas antarabangsa – dan tidak lagi di HINA oleh pemimpin seperti Anwar. Jangan menuduh benda yang bukan-bukan kepada FELDA; sedang Anwar sendiri sudah lama menghina FELDA sebagai program MISKIN dan MELARAT.

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...