Sindiket seludup minyak masak bersubsidi ke Afrika di patahkan - pakdin.my

Sebotol minyak masak bersubsidi yang berharga lebih kurang RM13 boleh dijual dengan harga bersamaan RM50 mengikut harga pasaran di Afrika

sendiket-seludup-keluar-minyak-masak

Satu sindiket yang dipercayai didalangi warga asing dikesan mengambil kesempatan daripada harga minyak masak yang murah di negara untuk diseludup sebelum dijual ke negara Afrika dengan harga hampir tiga kali ganda.

Sindiket terbabit dikesan bergerak aktif menggunakan ‘kedai potong’ untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagaimanapun gagal apabila premis di Batu 6, Kepong itu diserbu, kelmarin.

Serbuan bermula jam 3 petang dijalankan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur itu turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Nigeria dipercayai terbabit dengan sindiket berkenaan.

Siasatan awal mendapati, setiap botol lima kilogram (kg) yang diseludup ke negara Afrika boleh dijual dengan harga RM50 berdasarkan harga pasaran di negara berkenaan.

Dalam serbuan itu, 8,280kg minyak masak pelbagai jenama bernilai RM101,674 yang dipercayai cuba diseludup berjaya dirampas.

Ketika serbuan, pemilik premis barangan lusuh warga tempatan berusia 40-an terbabit cuba memperdayakan anggota penguat kuasa dengan mendakwa tidak mengetahui mengenai minyak masak yang disimpan di dalam dua kontena bersebelahan premisnya itu.

UTAMABERITASindiket seludup minyak masak bersubsidi ke Afrika di patahkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium