27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Sisa Buangan Radioaktif Tidak Tertakluk Di Bawah Konvensyen Basel – DOE

Jabatan Alam Sekitar (DOE) memperjelaskan bahawa sisa radioaktif tidak tertakluk di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan Berbahaya Merentasi Sempadan dan Pelupusannya seperti termaktub dalam Artikel 1(3) konvensyen itu.

Ini dinyatakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kenyataan bersama. DOE terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam kenyataan itu, DOE berkata mengikut Artikel 1(3) konvensyen itu, sisa buangan akibat bahan radioaktif tertakluk kepada sistem pengawalan antarabangsa lain.

“Ini termasuk instrumen antarabangsa seperti Statut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang digunapakai khusus untuk bahan-bahan radioaktif,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi memperjelaskan laporan akhbar ‘The Sun’ semalam yang menyiarkan laporan di bawah tajuk “Basel Convention prohibits Lynas from transporting waste abroad” (Konvensyen Basel larang Lynas mengeksport sisa buangan ke luar negara”.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.