Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Gombak, KL, Hulu Langat - pakdin.my

Tiga wilayah iaitu Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air sejak pagi semalam masih mengalami gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Datuk Ruslan Hassan berkata tiga wilayah tersebut terjejas akibat hentitugas Loji Rawatan Air (LRA) Ampang Intake yang terpaksa menghentikan sementara operasi LRA itu petang semalam akibat banjir lumpur di loji itu.

“Setakat 12 tengah hari tadi, Syabas telah dimaklumkan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) bahawa loji Ampang Intake masih belum beroperasi namun 70 peratus daripada sebahagian kawasan Ampang telah pulih tetapi tidak stabil sepenuhnya setelah mendapat bekalan air alternatif daripada LRA Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Ruslan berkata setakat ini antara kawasan yang masih terjejas adalah Jalan Bukit Belacan, Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara dan Selatan serta Mesra Ria.

Berikutan itu, katanya Syabas telah menyediakan lapan buah lori tangki yang membekalkan air sebagai langkah untuk membantu mangsa di kawasan tersebut.

UTAMABERITAStatus Terkini Gangguan Bekalan Air Di Gombak, KL, Hulu Langat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium