Suami Isteri Maut, Anak Perempuan Parah Kemalangan Di Merapu (video)

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

wpid-kemalabgan-merapoh-140908.jpg

Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 59 Jalan Lipis-Merapoh di Kuala Lipis, Pahang awal pagi Isnin.

Dalam kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu, pasangan suami isteri, Muhamad Zulfahmi Awang, 24 dan Siti Zulaikha Mohd Zaha, 21, maut di tempat kejadian manakala anak mereka, Nur Fatin Irdina, 2, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Raub menaiki kereta jenis Hyundai Getz manakala bas ekspres terbabit dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Menurutnya, ketika melalui tempat kejadian, kedua-dua kenderaan telah bertembung dan menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

“Berikutan itu, Muhamad Zulfahmi yang memandu kereta tersebut dan isterinya Siti Zulaikha yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia akibat tersepit.

“Anak mereka pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya pada Isnin.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, keadaan lokasi kemalangan gelap manakala laluan berselekoh.

“Mangsa, Muhamad Zulfahmi yang berkerja sebagai penjual ikan dan isteri berasal dari kampung sama iaitu Kampung Anak Ikan Dalam, Jerteh.

“Kita masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

BACA juga:

Leave a Reply