Putrajaya akan mengurangkan subsidi Tabung Haji di masa depan bagi mengurangkan beban lembaga itu, kata menteri kepada Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata langkah itu selaras dengan konsep “istito’ah”, dan konsep itu akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH.

Beliau berkata dalam tempoh 10 tahun lepas, TH membantu meringankan beban jemaah haji, walaupun orang Islam tahu dari sudut keperluan fekah, mereka hanya boleh pergi haji jika berkemampuan.

“Syarat melakukan haji adalah ada upaya kewangan. Kos hari ini adalah RM22,900. Kalau tak cukup maknanya tak mampu.

“Kita ambil ini sebagai perkiraan penting kerana kita tak boleh terus seperti ini. Kita akan memahamkan para jemaah di masa depan bahawa ibadah haji mesti dilakukan ikut kemampuan.”

Mujahid berkata langkah ini akan mengurangkan bebanan kos sebanyak RM400 juta yang ditanggung TH.

Beliau berkata selama ini ahli jemaah haji hanya membayar RM9,980 sahaja.

“Tak naik, tak turun tetapi setiap tahun kami sentiasa tanggung. Semakin meningkat kita punya tanggungan,” katanya.

Mujahid menjawab pernyataan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengkaji semula subsidi kepada jemaah haji.

Nizar juga bertanyakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi mengurangkan sebarang kos yang mempunyai kaitan langsung dengannya, bagi mengurangkan kos setiap ahli jemaah haji.

20 KOMEN

  1. Pandangan Mujahil mungkin salah!….hakikatnya…1. Kekayaan TH telah dibina mengguna duit pencarum, dan semua pencarum telah menyumbang sedikit sebanyak kepada jumlah subsidi…2. Adalah tidak adil, pencarum yang telah menyumbang sekian lama, tidak mendapat subsidi yang sama, bila sampai gilirannya…3. Semua aset yang dijual, dan diguna pakai oleh KERAjaan, berpunca dari hasil sumber simpanan pencarum…4. Adakah juga beliau kini mengeluarkan fatwa semua Haji dan Hajjah sebelum ini, adalah tidak sah?…5. Mungkin yang ketara salah adalah akta TH, TH itu unik kerana ianya “4 in 1”; Sebuah Bank, Kooperasi, Wealth Manager dan juga pemberi khidmat eksklusif…folly!

  2. Sepatutnya TH membantu utk menyenangkan rakyat pegi Hj, bukan menyusahkan rakyat dengan kenaikan kos…..memang tak adil bagi kami yg telah lama menyimpan di TH….bila tiba masa nak pegi kos pulak naik…..sepatutnya TH tak perlu di kacau…sebelum ni BN dah menjaganya dgn baik…sudah tentu ada penasihat2 pakar yg mengendalikannya…..sajakan nak menyalahkan kerajaan dulu??

  3. assalamualaikum smua selamat pagi tuan puan bagai mana ka perhasaan tuan puan menunai kan hj apa bila orang lain yang bukan islam ikut campur tangan dengan kawangan malaysia sedang kan selama ini kawangan malaysia tidak pernah di takbir oleh orang yang bukan islam ada ka ragu atau tidak.ustaz pernah mengata kan kalau maknan itu kita rasa ada keraguan jngan beli dan jangan makan apa sabap kata nya haram ada ka ini btul atau tidak.
    tatapi bagi aq kalau aq rasa ragu memang aq tidak beli sejujur nya apa saja banda yang di makan….?

  4. Semua nk melingkupkan harta org Islam..
    Nak tanya la.. mmg nk tutup ke TH?.. bgitau awal2, senang nk keluarkn simpanan.. dh bolih ikut swasta mcm gi umroh..

  5. Lps x yh lah simpah kt tabung hj..dah x ada keistimewaan utk penyimpan..bk sumoan kt mn2 bank ja..sm jg la..agenda pukimakk ph ni nk bt islam benci tbung hj


TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda