Tiga penuntut Malaysia cedera dirompak di Afrika Selatan - pakdin.my

Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat.

Wisma Putra menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan dalam kejadian itu, seorang mangsa telah ditembak di bahagian kaki manakala dua lagi ditikam.

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya. — Bernama

UTAMADUNIATiga penuntut Malaysia cedera dirompak di Afrika Selatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium