Tindakan Persoal Lagu Negaraku, Pamer Gambaran Sebenar Hala Tuju DAP

Chauvinist cina yang tak tahu menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan di pawagam.
Chauvinist cina yang tak tahu menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan di pawagam.
Chauvinist cina yang tak tahu menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan di pawagam.

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan mengaitkannya dengan era komunis jelas menggambarkan perjuangan, niat serta hala tuju yang dibawa DAP.

Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling berkata tindakan Chong juga mempamerkan bahawa beliau tidak matang sebagai seorang pemimpin.

“Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat beliau sepatutnya memimpin masyarakat untuk sama-sama melindungi dan mencintai negara. Kita bimbang tindakan beliau akan menjadi ikutan kepada masyarakat sekaligus menyemai sikap negatif kepada negara.

“Tindakan beliau ini juga memberi gambaran bahawa nikmat kewarganegaraan yang termaktub dalam perlembagaan tidak dihargai, sama seperti golongan yang sering menghina institusi raja dan Jalur Gemilang, mensabotaj dan mencetuskan provokasi dalam negara,” katanya.

Mohamad Faisol berkata perbuatan menghina dan khianat terhadap negara kini seolah-olah menjadi budaya segelintir pihak bagi tujuan kepentingan parti.

“Bagaimana lagu Negaraku yang menjadi lambang dan alat perpaduan semua kaum di negara ini dikatakan mempunyai nilai seperti mana komunis,” kata Mohamad Faisol yang mempersoalkan tindakan Chieng Jen.

Chong pada Rabu lepas dikecam oleh pelbagai pihak ekoran tindakannya mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya.

Status Chong, antara lain, menyebut: “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Beliau bagaimanapun memohon maaf dan memadamkan status berkenaan selepas mendapat komen dan reaksi negatif daripada pengguna laman sosial

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini