Umat Islam Perlu Bersatu Di Bawah Jemaah Islam Yang Memerintah – Prof Madya Mohd Noor - pakdin.my

Prof Madya Mohd Noor Idris.
Prof Madya Mohd Noor Idris.

KOTA BAHARU — Umat Islam di negara ini perlu bersatu menyokong kerajaan pusat yang dipimpin oleh jemaah Islam, kata bekas anggota Jawatankuasa Ulama PAS Prof Madya Mohd Noor Idris.

Mohd Noor berkata menjadi kewajipan bagi orang Islam di negara ini untuk menyertai jemaah Islam di bawah satu panji bagi mengelakkan berlaku perpecahan yang lebih teruk di kalangan mereka.

“Adalah menjadi kewajipan bagi yang mengucap dua kalimah syahadah untuk menyertai jemaah Islam yang memerintah negara ini iaitu Umno,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai lima badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili ulama dan pendakwah di Kelantan yang mahu umat Islam di negara ini menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi kesucian umat Islam.

Lima NGO tersebut adalah Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIP), Pendidikan Fakta (Pendita) dan Selamat Tinggal PAS (STP).

Mohd Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Veteran Umno Kelantan berkata perjuangan PAS kini sejak bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah semata-mata untuk menguasai Putrajaya dan membelakangkan perjuangan menegakkan Islam.

UTAMAPILIHAN RAYAUmat Islam Perlu Bersatu Di Bawah Jemaah Islam Yang Memerintah - Prof...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium