30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format yang sama dengan surat yang di keluarkan oleh Anwar Ibrahim kepad SPB Yang Dipetuan Agong sekiranya dilihat sebelah menyebelah. Untuk menyakinkan surat tersebut bukan palsu, mereka mendapatkan ulasan dari Khairy Jamaluddin dan selepas itu Hishammuddin Hussien. Ahli Umno kena berhati-hati dengan Modus Operandi mereka yang sangat licik.
———————————-

UMNO menafikan ada mengeluarkan surat untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri, sekali gus menegaskan kandungan ditularkan itu sebagai palsu.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata Pejabat Presiden parti itu tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan.

“Saya dan pegawai Pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab menyediakan segala surat-menyurat, serta ‘letterhead’ (kepala surat) tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan.

“Penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin dilakukan segelintir pihak yang berkepentingan serta berniat jahat bertujuan merosakkan imej Presiden UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, penafian terhadap kandungan surat berkenaan turut dimaklumkan melalui portal rasmi parti, UMNO Online, hari ini.

“UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kesembilan.

“Justeru, UMNO berharap agar ahli mahupun rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu,” menurut makluman dalam portal itu.

Terdahulu, sepucuk surat bertarikh 11 Oktober lalu menggunakan kepala surat UMNO, tersebar hari ini, kononnya ditulis oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Yang di-Pertuan Agong, antara lain menyatakan sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan