Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Malaysia

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Global

All countries
245,328,542
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
220,685,795
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
4,979,668
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

UMNO sedia letak calon muda PRU15 demi hormati cita rasa pengundi 18 tahun – Zahid

UMNO bersedia melakukan pembaharuan dengan meletakkan muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pembaharuan itu adalah sesuatu yang wajib, nafas baharu dan wajah baharu yang harus dikemukakan kerana UMNO tahu cita rasa pengundi.

“Apatah lagi pengundi 18 tahun akan pertama kalinya diizinkan untuk mengundi. Maka, tentunya kita melihat satu perubahan yang harus diterima sebagai hakikat politik baharu.

“Sebagai pemimpin dan parti berjiwa besar, kita harus menghormati cita rasa mereka di dalam pentas politik tanah air,” katanya dalam wawancara khas bersama Presiden UMNO, ‘Anda Musykil Kami Terjah’ di Facebook myTV Online, malam tadi.

Menurut beliau, muka baharu itu tentunya dengan memberi peluang kepada pemimpin muda dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Katanya, pemimpin dari tiga sayap itu mempunyai potensi yang harus digilap dan mesti diberi peluang untuk bertanding.

“Kita juga harus terima hakikat terdapat pemimpin NGO, pelajar, malah ahli professional lain yang dalam perkiaraan kita untuk memperlihatkan peremajaan dalam calon baharu UMNO yang akan diketengahkan nanti.

“Kita tidak mahu UMNO berada dalam keadaan statik ataupun jumud. Dengan itu, tentunya perubahan termasuk mengetengahkan muka baharu pada PRU akan datang memberi harapan baru kepada pengundi muda atau pengundi pertama kali,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan kesiapsiagaan parti untuk PRU15 nanti, hati dan minda jentera UMNO mesti dijana semula agar semangat yang ada serta jentera berstruktur dapat dihidupkan.

Jelas beliau, ini semua dalam pembaharuan UMNO menghadapi pertempuran baharu berlandaskan landskap politik negara yang telah berubah.

Mengenai pertandingan jawatan Presiden pada pemilihan parti ini, Ahmad Zahid memberitahu, beliau terbuka dan apa sahaja jawatan bebas untuk dipertandingkan.

“Ketika saya menjalankan tugas Presiden parti lagi saya terbuka dari jawatan Presiden hingga ke bawah, iaitu bebas untuk dipertandingkan.

“Sudah tentu jika ada sebarang pertandingan di peringkat nasional, apatah lagi di bahagian atau cawangan, kaedah demokratik ini harus dilakukan kalau itu kehendak perwakilan,” katanya.

Katanya, sama ada pertahan atau melepaskan jawatan, beliau lebih menghargai pendirian perwakilan yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kepimpinan atasan parti.

“Mereka yang akan tentukan siapakah yang mereka mahu menjadi Presiden. Sama ada Presiden sedia ada atau mereka mahu cari tokoh yang lain,” katanya.

Ditanya jika itu akan mengundang perpecahan parti, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau tidak nampak UMNO berpecah belah di peringkat akar umbi ataupun bahagian.

Katanya, memang ada perbezaan pendapat dalam kalangan peringkat Majlis Tertinggi (MT), tetapi apabila MT perlu membuat sesuatu ketetapan parti, jelas semua bersolidariti dalam melakukan satu keputusan bersama.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021