28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

[Video] Pemimpin rejim PH berucap dengan penuh pembohongan dan kesombongan

Adalah sangat menakutkan bila mendengar ucapan Khalid Samad dalam Perhimpunan Agung PAN lalu. Ia menggambarkan sikap seorang Menteri yang tidak segan silu mempergunakan dan berbohong memgenai gama bagi menghalalkan kegagalan beliau.

1. Beliau medakwa Tabung Haji bayar dividen walau rugi. Hakikatnya TH tidak rugi ketika bayar dividen. Khalid Samad tidak faham isu penyusutan aset dengan keuntungan yang dijana.

2. Beliau mendakwa kerajaan tidak mampu hapuskan tol dan ptptn kerana masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.

3. Hakikatnyat masalah dengan penghapusan Tol dan PTPTN ialah masalah yang dicipta oleh Pakatan Harapan.

4. Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dengan jelas menyatakan kerajaan tidak mempunyai kemampuan menghapuskan konsesi tol dan PTPTN.

5. Namun PH sebelum pilihan raya dengan bongkak dan takbur berceramah ke seluruh negara menyatakan mereka mampu melaksanakan.

6. Menyalahkan hutang negara RM1 trilion juga tidak masuk akal. Ini kerana bukan sahaja semua data hutang negara tidak menunjukkan angka tersebut; tetapi PH juga telah pun berkempen bahawa hutang negara RM1 trilion sebelum pilihan raya lagi.

7. Dengan kata lain, semasa mereka berjanji penghapusan tol pun mereka telah mengambil kira bahawa hutang negara RM1 trilion. Jadi adakah salah rakyat menuntut janji mereka?

8. Lebih sombong dan takbur Khalid Samad menyamakan peristiwa penangguhan rombongan umrah Nabi Muhammad s.a.w dengan pemungkiran janji manifesto Pakatan Harapan.

9. Ini adalah pembohongan kerana Nabi membawa rombongan haji.

10. Rasulullah juga tidak berjanji dan bercakap riak kepada para sahabat dan penduduk madinah bahawa sesiapa yang mengikut rombongannya dapat menunaikan haji. Baginda hanya membawa rombongan tersebut untuk menunaikan haji.

11. Tidak seperti Pakatan Harapan yang sombong dan bongkak berjanji “bulan dan bintang”, Rasulullah dengan penuh diplomasi menghantar saidina Uthman bin Affan ke Mekah memaklumkan mengenai hasrat rombongan madinah masuk mengerjakan haji di kaabah.

12. Seterusnya adalah sejarah yang menyaksikan perjanjian Hudaibiyah ditandatangani dan dianggap perjanjian terpenting dalam perkembangan syiar Islam.

13. Khalid Samad atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan kerajaan lama jika gagal menunaikan janji.

14. Ini kerana mereka telah mempotretkan negara ini sebagai bakal muflis, hutang RM1 trilion, penuh korupsi dan penyelewengan. Namun dalam masa yang sama mereka melemparkan pelbagai janji indah.

15. Tidak ada satu pun pendedahan dan tuduhan yang baharu mereka buat. Segala hiruk-pikuk penyelewengan ini telah mereka nyatakan sejak sebelum pilihan raya dan sebelum membuat manifesto lagi.

16. Jadi tidak salah rakyat menuntut janji yang mereka buat kerana mereka berjanji ketika mereka tahu apa yang telah berlaku dalam kerajaan.

Oleh: Ab Jalil Backer

Lihat Video:
https://vimeo.com/308143040






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan