Vietnam Tidak Temui Serpihan Pesawat Yang Dikesan Satelit China #MH370 #MH370Hilang #PrayForMH370

Berkaitan

Terkini

Share

tmp_satelit136902520

HO CHI MINH CITY (Vietnam): Vietnam tidak menemui serpihan pesawat di lokasi di mana satelit China mengesan objek terapung, dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Vietnam, Dinh Viet Thang berkata, pihaknya menghantar dua pesawat AN-26 bagi mencari pesawat di kawasan maritim dekat pulau Con Dao di mana tiga objek yang dicurigai dikesan oleh satelit China.

“Kedua-dua pesawat kembali selepas melakukan pencarian dan tidak menemui apa-apa setakat ini,” katanya kepada AFP pada hari keenam mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Leave a Reply