Felda Kekal Saham Dalam Cadbury Confectionary Sdn Bhd – Tan Sri Isa - pakdin.my

isa-samad

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad, menegaskan akan mengekalkan 9.87% saham Felda Holding Sdn Bhd di dalam Syarikat Cadbury Confectionary Sdn Bhd, selepas sidang media sambutan Felda meraikan kepulangan 8 penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.

Isu penemuan DNA khinzir dan status halal produk syarikat Cadbury Confectionary Sdn Bhd menjadi tumpuan utama dan mendapat liputan meluas media kebelakangan ini dan isu ini juga turut memberikan kesan kepada Felda sebagai pemegang saham dalam syarikat pengeluar produk Cadbury ini.

Ketika ditanya oleh wartawan FeldaVoice kedudukan pelaburan saham Felda didalam Cadbury, Tan Sri Isa tidak menafikan kewujudan 9.87% saham tersebut yang telah dibeli oleh Felda sejak 2007 dan Felda Holding Sdn Bhd adalah pemegang saham minoriti dan bukan pemegang saham majoriti dalam syarikat pengeluar produk Cadbury itu seperti difitnah oleh seorang aktivis politik pembangkang.

“Bila timbul isu ini, kita lihat setakat ini JAKIM telah menyatakan tiada apa-apa masalah, jadi tiada masalahlah. Kita, FELDA bergantung pada (keputusan) JAKIM, yang lain kita (Felda) tak kira,” ulas beliau berkaitan isu coklat Cadbury.

Isa menyatakan bahawa Felda tidak merancang untuk menjual saham dalam syarikat Cadbury Confectionary Sdn Bhd dan akan mengekalkan jumlah saham tersebut dalam syarikat pengeluar produk Cadbury tersebut.

“Setakat ini kita (Felda) tidak berhasrat untuk jual (saham dalam Cadbury Confectionary Sdn Bhd) sebab kita (Felda) bergantung pada (keputusan) JAKIM. Halal ni (status) telah menjadi peraturan kita, dah ada lama. Sepatutnya, semua pihak ikut. Kita dah putuskan sejak dulu lagi, hanya JAKIM yang akan menentukan (status) Halal atau haram sesuatu itu.”

“Yang lain janganlah sibuk. Yang jadi masalah ini, orang lain campur tangan. Kalau ada apa masalah pun, rujuk kembali pada JAKIM. Sistem kita tu dah ada. Bagi Felda, kita bergantung pada JAKIM,” tambah beliau lagi.

Malam semalam, Felda telah meraikan 8 penjelajah misi Ekspedisi Felda Greenland 2014 yang telah selamat pulang pagi semalam, di Bilik Selangor, IOI Marriot Hotel, Putrajaya.

Turut dijemput dalam Majlis Makan Malam Sambutan Kepulangan Penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 adalah sekretariat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), ahli keluarga 8 penjelajah terbabit dan pihak media.

Pengarah Besar Felda, Datuk Haji Faizoull turut hadir di majlis sambutan ini.

UTAMAEKONOMIFelda Kekal Saham Dalam Cadbury Confectionary Sdn Bhd – Tan Sri Isa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium