HARGA PETROL NAIK KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK BERTAPIS

Harga petrol naik kerana harga minyak bertapis naik, walaupun harga minyak mentah turun, kata Barisan Nasional hari ini.

Pasukan komunikasi strategik BN hari ini berkata pengguna menggunakan minyak bertapis, bukannya minyak mentah.

BN berkata harga minyak bertapis berbeza dengan harga minyak mentah kerana faktor penawaran dan permintaan dunia.

20170201-harga-minyak-bertapishttp://www.cnbc.com/2017/01/17/reuters-america-asian-oil-refinery-margins-jump-on-outages-in-mideast-asia.html

Tambahan pula, pengguna menggunakan sistem apungan terkawal yang berdasarkan kepada harga minyak dunia.

“Adalah tidak masuk akal bagi pembangkang untuk menyalahkan kerajaan apabila harga minyak meningkat mengikut sistem apungan terkawal tetapi kemudian tidak memberikan pujian kepada kerajaan apabila harga minyak turun mengikut pasaran global,” katanya BN dalam kenyataan hari ini.

BN turut menjawab Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang mendakwa harga minyak mentah pada Januari jatuh dan ringgit tidak mengalami penurunan berbanding bulan sebelumnya.

“Kami ingin memaklumkan kedua-dua ahli Parlimen terbabit, pemimpin pembangkang yang lain serta jentera propaganda mereka bahawa pengguna tidak mengisi minyak mentah ke dalam kereta.
“Majoriti rakyat mengisi petrol RON95 atau diesel.”

Harga RON95 dan RON97 naik 20 sen kepada RM2.30 (naik 9.5%) dan RM2.60 (naik 8.3%), manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15 (4.9%) hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan Malaysia mengamalkan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga petrol dan diesel runcit mulai 1 Disember 2014, sebahagian daripada pelan pemansuhan subsidi, yang memberi manfaat kepada golongan berada, kepada bantuan langsung.

“Sistem apungan terkawal kita menggunakan purata harga produk akhir – bukan minyak mentah – pada bulan sebelumnya untuk menentukan harga runcit di pam untuk bulan berikutnya. Secara spesifiknya, Malaysia menggunakan sistem harga Singapore Means of Platts (MOPS) petrol dan diesel.

“Ketika harga minyak global semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini akibat perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah oleh negara pengeluar minyak – yang sememangnya menguntungkan Malaysia, harga produk akhir petroleum yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor.”

Menurut BN, pemeriksaan pada sistem harga MOPS akan menunjukkan purata harga gasolin motor 95 tanpa plumbum untuk Januari stabil antara AS$69-AS$70 setong dan lebih tinggi daripada harga purata Disember 2016 di mana harga meningkat dengan konsisten daripada AS$62 pada permulaan bulan kepada AS$68 pada hari terakhir Disember.

20170201-harga-minyak-bertapis-mogas

BN berkata loji penapisan minyak di Asia Tenggara menikmati “harga yang tinggi dan margin keuntungan yang memuaskan kerana banyak loji serata dunia menghentikan operasi akibat kebakaran dan penyelenggaraan.”

Jelasnya, perkembangan itu mengurangkan bekalan dan menaikkan margin keuntungan dan harga produk – menyebabkan harga gasolin motor 95 naik.

BN menasihatkan Wan Azizah dan Tony supaya “memahami ekonomi dengan lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang tidak benar – atau lebih teruk – sengaja ingin memeszongkan dan mencetuskan kemarahan rakyat”.

“Ianya satu kitaran bulanan yang tidak akan berakhir dan pembangkang tidak pula letih memainkannya.”

https://portalpakdin.wordpress.com/2017/02/01/macai-pembangkang-guna-minyak-mentah-pada-kereta-mereka/

BN menambah rakyat akan mencari sebab untuk merungut akibat kenaikan harga RON95 kepada RM2.30 yang lebih tinggi daripada apa yang mereka nikmati tahun lepas.

Namun sebenarnya, mereka masih menikmati harga bahan api yang terendah di Asia Tenggara, kecuali Brunei, dan tergolong dalam 15 negara yang memiliki harga bahan api termurah dalam kalangan 180 negara.

Di Asean, harga RM2.30 seliter untuk bulan Februari masih lagi rendah berbanding Indonesia (RM2.73 seliter), Thailand (RM4.10 seliter), Filipina (RM3.72 seliter) dan Singapura (RM6.56 seliter).

“RON95 Malaysia juga berharga RM2.30 seliter pada Oktober dan November 2014. Pada tahun 2008, RON92 (sebelum digantikan dengan RON95) mencecah RM2.62 seliter.”

Kenyataan itu berkata walaupun sistem apungan terkawal akan menyebabkan rakyat membayar lebih tinggi apabila harga minyak global naik, ia juga bererti “kita juga telah menikmati harga rendah untuk satu tempoh selama 2 tahun apabila harga di pam turun sehingga RM1.60 seliter”.

Tambahnya, keadaan itu tidak seperti sebelum 2004 di mana rakyat tidak mendapat manfaat daripada harga minyak global yang rendah, iaitu AS$10-AS$20 setong berbanding AS$55-AS$60 setong sekarang.

“Kerana kita pada ketika itu dicukai 58.62 sen untuk seliter petrol dan 19.64 sen untuk seliter diesel selama berdekad. Cukai ini hanya dimansuhkan pada 2004.”

http://pakdin.my/subsidi-harga-minyak-berpuluh-tahun-di-tipu-mahathir/


Rujukan:

ASIAN OIL REFINERY MARGINS JUMP ON OUTAGES IN MIDEAST, ASIA
http://www.cnbc.com/2017/01/17/reuters-america-asian-oil-refinery-margins-jump-on-outages-in-mideast-asia.html

[contentcards url=”http://www.cnbc.com/2017/01/17/reuters-america-asian-oil-refinery-margins-jump-on-outages-in-mideast-asia.html” target=”_blank”]

MACAI PEMBANGKANG GUNA MINYAK MENTAH PADA KERETA MEREKA?

MACAI PEMBANGKANG GUNA MINYAK MENTAH PADA KERETA MEREKA?

[contentcards url=”http://pakdin.my/macai-pembangkang-guna-minyak-mentah-pada-kereta-mereka/”]

PROTUN TAK TAHU KE ZAMAN MAHATHIR TIADA SUBSIDI GULA, MINYAK MASAK DAN BAHAN API DIKENAKAN CUKAI

PROTUN TAK TAHU KE ZAMAN MAHATHIR TIADA SUBSIDI GULA, MINYAK MASAK DAN BAHAN API DIKENAKAN CUKAI

[contentcards url=”http://pakdin.my/protun-tak-tahu-ke-zaman-mahathir-tiada-subsidi-gula-minyak-masak-dan-bahan-api-dikenakan-cukai/” target=”_blank”]

SUBSIDI HARGA MINYAK – BERPULUH TAHUN DI TIPU MAHATHIR

SUBSIDI HARGA MINYAK – BERPULUH TAHUN DI TIPU MAHATHIR

[contentcards url=”http://pakdin.my/subsidi-harga-minyak-berpuluh-tahun-di-tipu-mahathir/” target=”_blank”]

PENIPUAN PROTUN: MAHATHIR TIDAK PERNAH BELANJA BESAR UNTUK SUBSIDI BERBANDING PAK LAH DAN NAJIB, SEBALIKNYA MENGENAKAN CUKAI PETROL

PENIPUAN PROTUN: MAHATHIR TIDAK PERNAH BELANJA BESAR UNTUK SUBSIDI BERBANDING PAK LAH DAN NAJIB, SEBALIKNYA MENGENAKAN CUKAI PETROL

[contentcards url=”http://pakdin.my/penipuan-protun-mahathir-tidak-pernah-belanja-besar-untuk-subsidi-berbanding-pak-lah-dan-najib-sebaliknya-mengenakan-cukai-petrol/” target=”_blank”]

5 Replies to “HARGA PETROL NAIK KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK BERTAPIS

  1. Selama ni memang minyak kita bertapis. Memang dari dulu lagi. Cakaplah kos untuk proses menapis minyak. Kos pemprosesan minyak bertapis sudah naik.
    Atau kenaikan itu untuk tampung pendidikan pelajar. Atau naikan ekonomi negara . Cuba tengok ekonomi Turki. Tengok Perdana Menteri dia buat untuk negara . Pelaburan yang dibuat telah mendatangkan hasil luar biasa. Tengok Raja Salman Arab Saudi.

Leave a Reply