IS ancam serang Arab Saudi - pakdin.my

34 negara Islam perangi keganasan

DOHA: IS mengancam melancarkan serangan ke atas Arab Saudi kerana ‘bersubahat dengan tentera salib’, selepas ia menubuhkan pakatan tentera 34 negara Islam untuk menyasarkan militan itu.

Dalam penerbitan mingguan mendokumenkan aktiviti tenteranya, IS menggambarkan pasukan gabungan untuk menyelaraskan bantuan antikeganasan ke seluruh dunia Islam itu sebagai ‘bodoh.’

“Dengan keizinan Allah, pakatan itu akan menjadi permulaan kepada keruntuhan kerajaan penindas yang zalim di tanah Islam,” menurut artikel bertajuk ‘Pakatan Mohammed bin Salman mengejutkan sekutu.’

Sebelum ini, Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengumumkan gabungan itu akan beribu pejabat di Riyadh.

Keliru berhubung peranan pakatan itu, malah dalam kalangan anggotanya, menimbulkan keraguan mengenai inisiatif yang dilihat sebagai usaha Arab Saudi untuk mengukuhkan cengkaman dunia Sunnah terhadap Iran yang berfahaman Syiah.

Satu lagi artikel mengkritik pembabitan beberapa kumpulan pemisah Syria dalam pertemuan baru-baru ini di Riyadh yang katanya membuktikan mereka ‘golongan kafir.’

UTAMADUNIAIS ancam serang Arab Saudi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium