Isu Hudud: Pemimpin Pakatan Pembangkang Diarah ‘Kunci Mulut’ - pakdin.my

Semua kepimpinan pakatan pembangkang diarah kunci mulut daripada menjawab sebarang isu hudud di media hingga 28 September ini.

Arahan itu dikeluarkan dalam satu sidang media bersama Setiausaha Agung Pakatan, siang tadi.

DATUK MUSTAFA ALI / SETIAUSAHA AGUNG PAS
Kita ada agenda kita sendiri sebab itu pada waktu ini tak berbangkit soal pakatan akan pecah. Kita akan dapat selesai isu ini InsyaAllah itu yg kita akan buat 28hb ni.

Mesyuarat akan bermula jam 8 malam hingga 12 malam bertempat di ibu pejabat PAS.

Isu hudud diberi keutamaan dalam mesyuarat berkenaan oleh kepimpinan pakatan berikutan ia menimbulkan perbalahan terbuka antara DAP dan PAS.

Umum mengetahui hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS tidak disenangi DAP

——-

Hudud: Pemimpin pembangkang diminta tak buat kenyataan

KUALA LUMPUR 26 Sept – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin pakatan pembangkang agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012, tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan, walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

UTAMABERITAIsu Hudud: Pemimpin Pakatan Pembangkang Diarah 'Kunci Mulut'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium