Mukhriz Letak Jawatan Menteri Besar Kedah

mukhriz letak jawatan-sidang akhbar

Setelah dua minggu hangat isu MB Kedah, akhirnya Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman sebentar tadi. 

Dalam sidang akhbar tersebut beliau di temani oleh Aminuddin Omar dan Suraya Yaacob.


Pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Mukhriz berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan kerana beliau telah kehilangan sokongan majoriti wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

Mukhriz berkata beliau telah memaklumkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah peletakan jawatannya semalam.

“Saya rasa beban yang berat beralih dari bahu saya,” katanya.

Mukhriz berkata beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments (No)