Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat Dan Membodohkan Pengikutnya Yang Memang BODOH - pakdin.my

Tugas Pembangkang Menghasut

https://youtu.be/VV22OMJYrQQ


PADAN MUKA NAJIB, DAPAT PEMBANGKANG YG BODOH!

Secara mudahnya segala perbelanjaan daripada pendapatan hasil petroleum dibentang didalam bajet tahunan negara kemana di belanjakan. Bukannya digunakan untuk membina projek mega yang tidak memberikan menafaat secara langsung kepada rakyat. 

————–

Di Parlimen semalam, Rafizi berkata, Perdana Menteri Najib Razak adalah “juara segala juara” apabila diambilkira kepada perbelanjaan dari pendapatan petroleum Malaysia.

Beliau berkata Najib membelanjakan RM376 bilion pendapatan petroleum antara 2009 dan 2016, atau purata sebanyak RM54 bilion setahun.

Pak Lah membelanjakan RM204 bilion dari pendapatan petroleum, atau RM41 bilion setiap tahun dari 2003 hingga 2009 (walaupun Pak Lah  mengambil alih sepenuhnya pada tahun 2004).

Beliau kemudian berkata Mahathir yang merupakan PM selama 22 tahun, menghabiskan RM163 bilion atau RM8 bilion setahun, “

Baik lah. Rafizi mengakui bahawa ini tidak mengambil kira inflasi atau perubahan mata wang – yang dengan mudah telah meningkat empat kali ganda daripada perbelanjaan Mahathir. Mengambil kira hanya kadar pertukaran matawang sahaja sudah menjadi dua kali ganda.

Kedua, Rafizi juga tidak mengambil kira faktor kos pengeluaran – yang juga telah meningkat kerana minyak yang murah dihasilkan adalah yang berhampiran pantai atau didaratan sudah tidak ada lagi dan kita perlu meneroka keluar persisir atau pelantar laut dalam yang menyebabkan kos meningkat menjadi lebih mahal.

Ketiga, Rafizi juga tidak pernah dipanggil Najib “juara segala juara” apabila  membandingkan pemberian subsidi seperti carta di bawah berdasarkan angka yang diberikan oleh Perbendaharaan telah membelanjakan 10 kali lebih daripada subsidi yang diberikan oleh Mahathir subsidi kebanyakannya disebabkan oleh kos minyak yang lebih tinggi, kesan mata wang dan juga  berbilang penduduk yang meningkat dengan ketara.

Boleh dikatakan, kebanyakan pendapatan tambahan minyak yang Perdana Menteri Najib terima dihabiskan kembali kepada rakyat kerana subsidi yang lebih tinggi.

Keempat, Rafizi JUGA tidak menyebut bahawa Mahathir telah mengenakan cukai petrol selama 22 tahun pada 58.62 sen seliter kerana harga minyak dunja adalah murah ketika itu. Ini sahaja sudah berpuluh-puluh bilion pendapatan tambahan bagi Mahathir untuk membina menara berkembarnya dan lain-lain projek-projek mega.

Baca disini: https://pakdin.my/mahathir-mengenakan-cukai-petrol-bukan-memberi-subsidi/

Jadi, Rafizi sekali lagi berfungsi untuk mengelirukan tanpa memberikan gambaran sebenar sepenuhnya dan menyampaikan suku daripad cerita mengarut untuk mengelirukan, menghasut dan menimbulkan kebencian.

Rafizi sekali lagi meminta Kerajaan untuk memberi subsidi petrol walaupun seluruh dunia telah ke arah tidak lagi memberi subsidi menyeluruh waima negara pengeluar minyak dan pengeksport terbesar menarik balik subsidi mereka dan memberikan bantuan kepada golongan sasaran seperti apa yang dilakukan oleh Malaysia.

Akhirnya, Rafizi masih tidak mahu menjawab soalan ini:

Malaysia adalah negara yang ke-16 paling murah di dunia bagi harga petrol, berbanding negara-negara yang kebanyakannya pengeluar minyak terbesar – adakah Rafizi mahu petrol kita untuk menjadi lebih murah daripada mereka?

Negara pengeluar minyak terbesar yang harga petrol nya lebih murah dari Malaysia dan sekarang telah mula menarik balik subsidi secara menyeluruh:

Venezuela, Saudi Arabia, Turkmenistan, Egypt*, Algeria, Kuwait*, Iran, Ecuador, Bahrain, Kazakhstan, Nigeria, Qatar, Sierra Leone, Oman, and Bolivia.

Lihat sini: http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/

Adakah Rafizi masih mahu Malaysia menjadi Venezhela?

—————

Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat 

Tindakan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menobatkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai kononnya ‘juara’ selepas paling tinggi membelanjakan hasil minyak negara berbanding lima mantan terdahulu hanyalah fakta ‘selapis’ sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin menyifatkan tindakan Rafizi itu berniat jahat apabila jumlah perangkaan yang dinyatakan tidak merujuk kepada harga minyak per barel setiap tahun serta perbelanjaan mengikut keperluan semasa negara.

“Apa yang didedahkan oleh Rafizi di dalam Dewan Rakyat mengelirukan rakyat apabila beliau sengaja beri jumlah yang besar.

“Penerangan beliau hanya ‘selapis’ sahaja. Najib pula menggunakan wang minyak mengikut kesesuaian dan keperluan rakyat serta pembangunan prasarana negara,” kata Hasan kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Tegas Ahli Parlimen Rompin, Rafizi sepatutnya mengira harga minyak per barel bagi setiap pemimpin pada setiap tahun  pemerintahan mereka.

“Dari situ barulah kita dapat nilai dan angka sebenar,” katanya.

Sebelum itu Rafizi membahaskan berkenaan perangkaan rasmi daripada Jabatan Perbendaharaan Negara mengenai hasil kerajaan Persekutuan bermula 1970 sehingga 2016.

Di dalam perbahasan itu, Rafizi menunjukkan hasil wang minyak yang digunakan lima perdana menteri terdahulu daripada tiga hasil sumber petroleum iaitu Petroleum Incometax (PITA), Royalti dan dividen Petronas yang menunjukkan Najib paling banyak membelanjakan wang.

Rafizi mendakwa Najib membelanjakan RM376 bilion atau purata RM54 bilion setiap tahun sejak 2009.

Manakala Tun Abdullah Badawi membelanjakan RM204 bilion atau RM41 bilion setiap tahun untuk  enam tahun pemerintahannya dan Tun Mahathir Mohamad hanya membelanjakan RM163 bilion atau RM8 bilion setiap tahun untuk 22 tahun pemerintahannya.

Sementara itu, Hasan berkata dakwaan Rafizi bahawa harga siling petrol pada setiap minggu bakal merugikan pengusaha stesen minyak di pedalaman Sabah dan Sarawak juga tidak berasas.

“Itu perkara yang belum diputuskan kabinet, itu hanya cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Kerajaan pasti ada mekanisme yang terbaik yang tidak akan membebankan rakyat,” kata Hasan.

UTAMAPOLITIKRafizi Cuba Kelirukan Rakyat Dan Membodohkan Pengikutnya Yang Memang BODOH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium