30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Halau kanak-kanak: Manifestasi Keangkuhan Pemimpin PR

Pertengkaran mulut beberapa orang pemimpin PR yang menyertai himpunan Wanita tempohari dengan seorang jurulatih sukan sebuah sekolah membuktikan sikap angkuh & ego semakin beraja dalam sanubari ramai pemimpin PR.

 

Walaupun telah berlalu buat beberapa ketika, tapi isu ini masih lagi menjadi bualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube dimana rakaman video kejadian tersebut disebarkan.

Perhimpunan tersebut yang asalnya mahu menuntut perubahan sebaliknya menjadi medan menonjolkan wajah sebenar pemimpin PR yang tidak segan untuk menindas hak orang lain demi kepentingan sendiri.

Tian Chua, Latheefa Koya, Tony Pua, Maria Chin, Lim Lip Eng dan Ambiga yang turut hadir menyokong perarakan jalanan NGO Wanita Suara Perubahan (WSP) itu sepatutnya berasa malu kerana gagal menonjolkan sikap kepimpinan yang baik malah bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri, walaupun dengan kanak-kanak sekolah.

Malah sehingga hari ini masih tidak mahu mengaku kesilapan tersebut atau meminta maaf kepada guru dan murid-murid terbabit.

Jika hak kanak-kanak untuk menggunakan padang bagi latihan sukan sanggup dinafikan demi menjayakan agenda sendiri, tidak sukar untuk kita bayangkan bagamana nanti rupa wajah pemimpin PR sekiranya di beri peluang mentadbir negara.

Link Video: https://youtube.com/watch?v=4BwpaPGah2o&

Link Video: https://youtube.com/watch?v=wyq2XlD0EdY&

Sejak hampir seminggu lalu telah banyak kedengaran suara-suara bantahan daripada ibubapa & guru yang menuntut PR tampil ke depan menjernihkan keadaan dan memohon maaf di atas sikap tidak cermat beberapa pemimpin PR & peserta di himpunan wanita tersebut.

Ini baru merasa secebis kuasa saja, itupun dah berani menafikan hak orang lain. Padang yang luas terbentang di depan mata, kawasan latihan sukan juga yang di pilihnya untuk berarak.

Entah apa jenis hati budi yang bersarang dalam jiwa manusia yang bergelar pemimpin & penyokong PR. Patutlah ramai orang kata siapa saja memimpin atau menyokong PR, automatik jadi bangang by default. Cerdik tak boleh di ajar, bodoh menyusahkan orang.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan