Muhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi - pakdin.my

Pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua orang pimpinan UMNO telah diadakan malam tadi.

Ia melibatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai rundingan dan pertimbangan UMNO untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun menurut sumber, butiran lanjut belum didedahkan kepada biro politik yang lain, namun sudah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hasil rundingan itu juga difahamkan akan dibawa dalam majlis mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Sabtu ini yang akan dibuat secara dalam talian.

“Selepas daripada itu, baru hasil keputusan dari rundingan itu akan dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Berita berkaitan:
Keputusan UMNO meletakkan syarat sokong PN keputusan sebulat suara Biro Politik – Najib
UMNO Pertimbang Keluar Kerajaan Perikatan Nasional

UTAMAPOLITIKMuhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium