Selangor mungkir janji teruskan penyahwartaan HSKLU - pakdin.my

SHAH ALAM – Kerajaan negeri disifatkan memungkiri janji apabila meneruskan tindakan menyahwartakan seluas 536.7 hektar tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Pengerusi bersama Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dalam kenyataan bersama, ini berikutan kerajaan telah berjanji untuk menangguh dan menyemak semula di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini seperti dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian.

“MN Selangor melahirkan rasa kesal dan dukcaita di atas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor itu.

“Tindakan mengenepikan protes serta bantahan awam dan suara ahli-ahli Dewan Negeri kerajaan serta pembangkang yang lantang menolak tindakan ini mencerminkan kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Amiruddin Shari selaku Menteri Besar tidak lagi memiliki integriti sebagaimana diikrarkan oleh Manifesto Pakatan Harapan dulu,” katanya hari ini.

Noh dan Yunus Hairi memberitahu untuk rekod penyahwartaan tanah hutan paya gambut itu telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 17/2021 pada 5 Mei lalu.

Ujarnya, melalui kelulusan tersebut nyahwarta ini direkodkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada tarikh 12 Ogos lalu dan terus berkuatkuasa.

“Justeru, MN Selangor mendesak agar kerajaan negeri akur serta menghormati suara rakyat dan langkah membatalkan penyahwartaan ini perlu dilakukan serta-merta tanpa berdolak-dalik dan bermain politik.

“Kerajaan negeri perlulah sentiasa mengamalkan tadbir urus yang baik dan penuh berintegiriti demi memberikan kualiti hidup yang baik serta bermakna buat rakyat selain memelihara dan mempertahankan negeri tercinta ini,” katanya.

UTAMABERITASelangor mungkir janji teruskan penyahwartaan HSKLU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium