Friday - July 30, 2021 @ 16:32
BERITANASIONAL15 Kenderaan Disimbah Asid

15 Kenderaan Disimbah Asid

15 buah kenderaan milik penghuni sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, ibu negara, disimbah asid oleh pihak tidak bertanggungjawab, siang tadi.

Sudahlah terpaksa menanggung kerugian, pemilik kenderaan naik berang dan mempersoalkan bagaimana kejadian boleh berlaku di kawasan berpagar selain ada pengawal keselamatan bertugas.

Pertelingkahan berlaku selama beberapa minit sebelum ditenangkan anggota polis yang membuat rondaan di pangsapuri ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata sebelum ini ada beberapa kes kenderaan penghuni pangsapuri dicalar selain kes simbah asid September lalu.

Pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penduduk dan pengawal keselamatan bagi mengenal pasti dalang kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here