Utama NASIONAL AM Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022.

Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor.

Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline.

Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.

Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.

Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki semula atmosfera Bumi pukul 6.26 petang hari ini waktu Musim Panas Britain (1.26 pagi nanti  waktu Malaysia) dengan sela  masa  enam jam awal atau lambat, demikian menurut Aerospace Corporation

Aerospace Corporation merupakan badan bukan bermotifkan keuntungan  AS yang menjejaki serpihan angkasa lepas

Setakat petang semalam, ramalan terkini mencadangkan ia mendarat di China tetapi firma tersebut berkata, masih ‘terlalu awal’ untuk mendapatkan kepastian lokasi sebenar   serpihan tersebut jatuh.

Menurutnya, apabila serpihan itu semakin hampir dengan Bumi, ramalan akan menjadi  semakin tepat.

Aerospace Corporation menyatakan bahawa  ‘wujud kebarangkalian  bukan sifar’ serpihan roket itu jatuh  di kawasan berpenduduk walaupun risikonya amat rendah.

“Kemasukan semula objek saiz tersebut  ini tidak akan terbakar sepenuhnya di atmosfera Bumi.

Exit mobile version