[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah - pakdin.my

Sepasang suami isteri ditangkap di Serdang, Kedah selepas disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu 30 Disember 2022.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penangkapan tersebut dibuat atas maklumat risikan yang dibuat oleh pihak polis.

“Penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 tahun dan 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Serdang,Kedah pada pukul 7.20 malam, semalam 3 Januari 2023.

“Polis percaya tangkapan tersebut boleh membantu dalam menjalankan siasatan kes letupan bom di Pandan Indah, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sasikala Devi, perintah tahanan reman telah dipohon dan pihak Majistret telah membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu selama tujuh hari sehingga Selasa minggu hadapan.

https://www.instagram.com/reel/Cm_3wgooA0i/?utm_source=ig_web_copy_link

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan seorang tukang masak meninggal dunia akibat mengalami cedera parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran restoran terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.55 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan mendapati terdapat satu bungkusan yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta jenis Toyota Corolla Altis berhampiran restoran tempat mangsa bekerja.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan tersebut,” katanya.

VIDEO Verkaitan:

https://www.instagram.com/reel/CmzXs3DIIuj/

BERITA Berkaitan:

 

UTAMABERITA Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium