Wira Terkorban Akan Dibawa Pulang Pada Petang Isnin #CerobohSabah - pakdin.my

SEMPORNA-WIRA-TERKORBAN

Polis secara rasmi mengeluarkan senarai enam anggota polis yang ditembak mati di Semporna pada Sabtu.

Mereka ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata, isterinya serta seluruh pasukan polis mengucapkan takziah kepada keluarga wira-wira berkenaan.

“Kami berharap agar wira negara kita ini akan sentiasa dirahmati.

“Kami berharap keluarga mereka tabah menghadapi keadaan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Sekretariat KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohd Yusoff berkata, hanya Supt Ibrahim dan L/Kpl Mohd Azrul dari Lembah Klang manakala yang lain dari Sabah dan Sarawak.

“Kami menjangkakan jenazah mereka akan diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini,” katanya.

UTAMABERITASABAHWira Terkorban Akan Dibawa Pulang Pada Petang Isnin #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium