Najib Lawat Keluarga Wira Negara Allahyarham Koperal Mohd Azrul - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan papan tanda jalan 'Jalan Wira Negara Kpl Azrol' berhampiran dengan kediaman keluaraga Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran ketika menziarahi keluarga Allahyarham di sini, hari ini.  Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Pasukan Gerakan AM Tawau, Sabah merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan dengan penceroboh bersenjata dari Filipina di Kampung Seri Jaya Siminul Semporna
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan papan tanda jalan ‘Jalan Wira Negara Kpl Azrol’ berhampiran dengan kediaman keluaraga Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran ketika menziarahi keluarga Allahyarham di sini, hari ini.
Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Pasukan Gerakan AM Tawau, Sabah merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan dengan penceroboh bersenjata dari Filipina di Kampung Seri Jaya Siminul Semporna

The prime minister and his wife Datin Seri Rosmah Mansor spent time talking with Azrul's parents Tukiran Ahamad (correct) and Saa'diah Md AminKLANG, 17 Mac  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini.

Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham.

Beliau dan isteri kemudian menghadiri Perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Rakyat di Padang SMK Meru, kira-kira 25 kilometer dari kampung itu.

Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan.

Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjunan singkat itu.

Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa’diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan.

Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas.

Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas.

Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai ‘Jalan Wira Negara Koperal Azrul’.

UTAMABERITASABAHNajib Lawat Keluarga Wira Negara Allahyarham Koperal Mohd Azrul

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium