#MH17: Ujian berganda terhadap MAS ujian daripada Allah – Mufti Zimbabwe - pakdin.my

wpid-mh17-mufti-ismail-musa-menk.jpg.jpeg

Dua tragedi membabitkan Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh empat bulan adalah ujian daripada Allah SWT dan tiada siapa pun boleh meletakkan kesalahan pada kerajaan Malaysia atau syarikat penerbangan kebangsaan itu, kata mufti terkemuka dari Zimbabwe, Mufti Ismail Musa Menk.

Penceramah motivasi popular itu berkata tragedi berkenaan bukanlah satu hukuman daripada Allah dan ia tidak bermakna apabila seseorang itu ditimpa musibah, Allah murka terhadap mereka.

“Hakikatnya ini adalah ujian yang kita, sebagai orang beriman, percaya bahawa ujian bermaksud takdir yang perlu kita tempuhi dengan sebaik mungkin,” katanya selepas mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

UTAMABERITA#MH17: Ujian berganda terhadap MAS ujian daripada Allah - Mufti Zimbabwe

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium